PELAKON Idan Aedan mendedahkan dirinya pernah berdepan pengalaman ditolak berulang kali daripada membintangi sesebuah naskhah hanya kerana jumlah pengikut di platform media sosial tidak tinggi.Menyedari realiti pasaran industri hiburan masa kini, Idan atau Muhammad Shahidan Abdullah, 22, bagaimanapun enggan menyalahkan pihak produksi semata-mata, sebaliknya mengakui kesilapan sendiri yang kurang memahami perspektif dan kehendak penerbit. “Sebenarnya betul, saya pun ada juga banyak kali ditolak sebab saya tidak ada banyak pengikut. Pernah juga, banyak kali.Idan mahu lebih aktif di media sosial selepas ini. “Dan saya rasa itu salah saya juga sebab saya tidak memikirkan perspektif dari pihak penerbit dan produksi. "Jadi, itu adalah sesuatu yang saya perlu perbaiki dan tidak galakkan untuk mana-mana pelakon tidak aktif. Benda ini penting juga,” katanya kepada mStar. Meskipun mengakui kepentingan media sosial, Idan menyifatkan dirinya bukanlah individu yang gemar menunjuk-nunjuk mahupun terlalu aktif menghasilkan kandungan di aplikasi TikTok.ARTIKEL BERKAITAN: Artis tak bermusuh, peminat pula sibuk jadi batu api! Idan Aedan nasihat jangan terlalu obsesARTIKEL BERKAITAN: Idan Aedan dedah tindakan undang-undang kes ugutan bunuh diteruskan, sokongan keluarga penguat semangat“Bagi saya sendiri, secara peribadi saya bukanlah jenis yang gemar buat TikTok atau sebagainya, tetapi saya perlu adil kepada pengikut. Takkanlah hendak biarkan mereka tertunggu-tunggu tanpa sebarang perkembangan, jadi kenalah kongsi sedikit sebanyak.“Selain daripada kerja, saya rasa saya banyak muat naik tentang kucing sebab saya memang pencinta kucing dan membela kucing,” ujarnya.Dalam pada itu, Idan bersetuju kerjaya seorang pelakon pada zaman sekarang tidak hanya terikat di set penggambaran semata-mata, malah menjana pendapatan menerusi kempen jenama di media sosial.Idan akui pelakon perlu mahir dari pelbagai aspek. “Sejujurnya, sebagai pelakon anda perlu mahir dalam banyak perkara dan media sosial adalah salah satunya. Apabila menjadi pelakon, bukan setakat datang ke set sahaja. "Anda perlu hadiri pelbagai acara dan kadangkala bayaran kempen lebih bagus daripada berlakon.“Lakonan bukanlah seindah yang disangka kerana kadangkala prosesnya mengambil masa dua hingga tiga bulan, tetapi dibayar sebegitu sahaja. Jadi ia sangat bergantung kepada perkara lain juga,” jelasnya.