PENDAKWAH bebas PU Riz menyeru seluruh umat agar bersama-sama memelihara kesucian agama dan tidak membiarkan perkara yang menyentuh asas ajaran Islam dipandang ringan sehingga menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.Menurut PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 31, isu berkaitan solat tidak seharusnya dijadikan bahan perdebatan berpanjangan apatah lagi apabila ia melibatkan perkara asas dalam kehidupan seorang Muslim yang perlu dihormati dan dipelihara. “Kita pelihara agama bersama, jangan biarkan perkara yang ada ini melarat, insya-Allah. PU Riz harap sola agama tidak menjadi persoalan kaum lain. "Lama-kelamaan, rosaklah kita apabila perkara yang baik semuanya tidak lagi terlihat. Ini soal solat, tak perlu sibuk, tolonglah,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya. Hantaran tersebut dibuat bagi membalas kenyataan Ketua DAP Melaka, Khoo Poay Tiong yang sebelum ini mempertikaikan arahan penutupan sementara premis perniagaan pada waktu solat Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pemfitnah gelar suami Neelofa ‘penunggang‘ agama, PU Riz sudah hantar notis tuntutanARTIKEL BERKAITAN: Wanita tarik hantaran isu PU Riz bukan sebab akur dituduh pemfitnah, bantah suami Neelofa tuntut RM1 juta... “Saya telah lantik peguam“Kenyataan yang dipertikaikan Poay Tiong itu termasuklah membabitkan rangkaian kedai serbaneka seperti 7-Eleven di Terengganu.PU Riz turut mengingatkan, terdapat perkara yang tidak seharusnya dipermainkan, khususnya berkaitan Allah dan Rasulullah SAW kerana kedua-duanya merupakan asas pegangan dan keimanan umat Islam. PU Riz juga berharap semua pihak dapat menghentikan polemik yang tidak membawa manfaat,Pada masa sama, PU Riz menegaskan bahawa Islam merupakan agama yang mempunyai kedudukan tinggi dan tidak seharusnya dipandang rendah atau dicabar kesuciannya. “Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya. Ini negeri majoriti Islam, tak perlulah sibuk, cukuplah, cukuplah,” katanyaPU Riz juga berharap semua pihak dapat menghentikan polemik yang tidak membawa manfaat serta kembali menghormati sensitiviti agama.