suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ara Johari masih terima undangan pentas ketika bertanding GV Fantasia, gementar bersaing penyanyi senior

Ara gementar berlawan dengan senior Akademi Fantasia.

PENYANYI Ara Johari tidak menolak kemungkinan untuk terus menerima tawaran persembahan sepanjang menyertai program Gegar Vaganza Fantasia (GV Fantasia).

Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 27, berkata dia masih aktif memenuhi undangan pentas dan bakal mengadakan persembahan pada keesokan hari dan lusa.

“Tak tolak dik, tak tolak! Esok ada persembahan, lusa pun ada, tapi sebelah siang,” katanya ketika ditemui selepas Showcase Sedekad Bersuara yang berlangsung di Ampang pada malam Jumaat.

Ara teruja dapat bersaing dengan bekas peserta Akademi Fantasia.

Mengulas mengenai penyertaan dalam GV Fantasia, Ara mengakui terkejut apabila diumumkan sebagai antara peserta yang mara menerusi slot kerusi panas.

Bagaimanapun, peluang tersebut cukup menggembirakan kerana dia dapat bertemu kembali bekas peserta Akademi Fantasia (AF), selain berpeluang berentap dengan penyanyi senior yang lebih berpengalaman.

“Cuma saya agak takut juga sebab perlu bersaing dengan senior yang mempunyai lebih banyak pengalaman. Saya baru 10 tahun dalam industri, mungkin mereka sudah 20 tahun atau belasan tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari cemas terperangkap dalam lif hampir 40 minit, terpaksa panjat keluar

ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari tak mahu paksa diri nyanyi lagu nada tinggi, vokal terjejas selepas lima kali dijangkiti Covid-19

“Apa yang saya sentiasa ingatkan diri sendiri adalah untuk menikmati pertandingan ini. Tersingkir atau menang kalah itu adat pertandingan. Apa pun berlaku, saya hanya mahu menikmati persembahan,” katanya.

Dalam pada itu, Ara berpendapat platform seperti GV Fantasia masih diperlukan oleh seseorang anak seni meskipun sudah mempunyai nama dan pengalaman luas dalam industri hiburan.

Jelasnya, pertandingan itu bukan sahaja memberi peluang kepada penyanyi untuk terus kekal relevan, malah menjadi ruang menimba ilmu serta memperbaiki mutu persembahan.

Saya anggap ini sebagai satu pembelajaran.

ARA JOHARI

PENYANYI

Malah, dia tidak keberatan menerima sebarang teguran kerana menganggap proses pembelajaran dalam bidang nyanyian tidak pernah berakhir.

“Walaupun kita sudah ada banyak pengalaman, kita masih memerlukan platform seperti ini untuk kekal relevan.

“Rating GV juga sangat tinggi dan menyertai GV Fantasia sebenarnya satu impian untuk saya kerana berpeluang bertanding dengan mereka yang pernah bergelar juara.

GV Fantasia sebenarnya salah satu impian Ara.

“Pada masa sama, saya memang takut juga, tetapi anggap ini sebagai satu pembelajaran. Selepas sedekad berada dalam industri menerusi perjalanan Sedekad Bersuara, saya rasa seperti kembali kepada suasana Akademi Fantasia,” jelasnya.

Selain Ara, peserta lain yang berjaya meraih undian tertinggi peminat sekali gus melayakkan diri ke GV Fantasia ialah Akim, Felix dan Farah Anuar.

Mereka bakal bersaing dengan sembilan lagi peserta yang diumumkan lebih awal iaitu Mawi (AF3), Vince (AF1), Faizal (AF4), Shahir (AF8), Mila Jirin (AF5), Stacy (AF6), Zahid (AF2), Faizul Sany (AF10) dan Firman Bansir (AF11).

 

 

 

Artikel Lain