LEBIH selesa membawakan lagu-lagu berentak perlahan dan muzik galau, penyanyi Ara Johari tidak menafikan faktor kemampuan vokal menjadi antara sebab dia kini kurang menyanyikan lagu bernada tinggi.Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 29, berkata, kemampuan suaranya terjejas selepas beberapa kali dijangkiti Covid-19 dan influenza sehingga terpaksa menurunkan nada nyanyian berbanding dahulu. “Sejujurnya, ya! (ketawa). Apabila usia semakin meningkat, kemampuan vokal kita juga tidak semestinya sama seperti ketika remaja.“Tambahan pula, Ara pernah dijangkiti Covid-19 sebanyak lima kali dan influenza sebanyak dua kali.Ara menjawab dakwaan lebih selesa memilih lagu-lagu galau.“Selepas dijangkiti influenza, kemampuan vokal Ara benar-benar terjejas sehingga terpaksa menurunkan nada nyanyian sebanyak satu key berbanding dahulu,” katanya kepada mStar.Ara berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran muzik video Kisah Yang Hampir Sempurna yang diadakan di Menara Simfoni, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa. Dalam pada itu, Ara memberitahu jangkitan influenza memberi kesan ketara terhadap suaranya sehingga menjadi lebih kasar dan mengehadkan kemampuannya untuk mencapai nada tinggi seperti sebelum ini.“Memang sangat memberikan kesan. Selepas dijangkiti influenza, suara Ara menjadi sangat kasar. ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari cemas terperangkap dalam lif hampir 40 minit, terpaksa panjat untuk keluarARTIKEL BERKAITAN: Tak kejar populariti gosip liar & kontroversi murahan, Ara Johari risau beri kesan pada kerjaya seni“Dahulu, Ara mampu mencapai nada yang lebih tinggi daripada lagu Bunga, tetapi sekarang lagu itu merupakan antara had tertinggi yang Ara masih mampu nyanyikan.“Apabila mengalami sakit tekak, keadaan itu turut menjejaskan pita suara. Jadi, apabila pita suara mengalami kerosakan, memang sukar untuk mencapai nada tinggi seperti dahulu,” ujarnya. Mengulas lanjut, Ara memberitahu proses pemulihan suaranya juga mengambil masa yang panjang setiap kali berdepan masalah kehilangan suara, malah ada kalanya keadaan itu berlarutan sehingga tiga atau empat bulan.“Kalau Ara kehilangan suara, proses pemulihannya memang mengambil masa lama. Kadang-kadang sampai tiga atau empat bulan Ara tidak mempunyai suara seperti biasa. Ara pernah dijangkiti Covid-19 sebanyak lima kali dan influenza sebanyak dua kali.ARA JOHARIPENYANYI“Jadi, Ara mula memikirkan kemampuan vokal untuk jangka masa panjang.“Contohnya, lagu Bunga mempunyai nada yang sangat tinggi. Ara sendiri tidak tahu sama ada 20 tahun lagi Ara masih mampu menyanyikan lagu itu dengan nada asal. Mungkin ketika itu Ara terpaksa menurunkan key,” jelasnya.Bagaimanapun, Ara menjelaskan pemilihan lagu galau bukanlah sepenuhnya disebabkan faktor kemampuan vokal, sebaliknya turut menjadi sebahagian daripada perancangannya untuk mencuba kelainan dalam karya muzik.Katanya, lagu Menjaga Jodoh Orang Lain misalnya, dihasilkan dengan nada yang dirasakan selesa untuk dibawakan tanpa perlu memaksa dirinya menyanyikan lagu terlalu tinggi.Ara melancarkan single baharu berjudul Kisah Yang Hampir Sempurna.“Ya, tetapi bukan sepenuhnya disebabkan faktor itu. Ia hanya sebahagian daripada perancangan Ara. Ketika menerima lagu Menjaga Jodoh Orang Lain, lagu itu memang dihasilkan dengan nada tersebut. “Ara selesa menyanyikannya, jadi tidak perlu memaksa diri untuk menyanyikan lagu bernada terlalu tinggi. Lagipun, ada juga pendengar yang tidak suka apabila Ara menyanyikan lagu bernada tinggi. “Kadang-kadang, ada yang mengecam dan mengatakan Ara seperti menjerit ketika menyanyi. Jadi, Ara mahu mencuba sesuatu yang berbeza daripada karya-karya sebelum ini,” katanya. Sebelum ini, seorang pengguna Threads mendakwa Ara memilih untuk melancarkan lagu-lagu galau kerana tidak lagi mahu menyanyikan lagu bernada tinggi, selain didakwa sudah penat membawakan lagu dengan nada sedemikian.