BUKAN sekadar sebuah konsert yang menampilkan barisan artis popular, penganjuran NU Fest 2027 bakal menjanjikan pelbagai aktiviti menarik bagi mengangkat budaya, kreativiti dan gaya hidup.Penganjuran ini juga menyasarkan untuk menjadi sebuah destinasi yang membolehkan pengunjung menikmati suasana festival seawal ketibaan mereka, meneroka pelbagai tarikan dan seterusnya menghayati persembahan di pentas utama. Selaku penganjur, Zairul Addry Helmy dari Coms Creative Studio memberitahu acara tersebut juga bakal memberi satu pengalaman berbeza terutama buat golongan muda yang mahu berkongsi rasa terhadap muzik dan budaya.Pelbagai aktiviti dirancang penganjur dalam acara NU Fest 2027. “Konsep kami sangat mudah iaitu music, culture and community. Kami mahu NU Fest menjadi tempat golongan muda berkumpul, berseronok dan mencipta pengalaman bersama,” katanya.Bertepatan dengan sebuah festival muzik, pastinya barisan artis yang bakal membuat persembahan menjadi tarikan utama pengunjung dalam acara yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur itu.Edisi kali ini, NU Fest menampilkan barisan artis yang memiliki kelompok peminat tersendiri seperti Nidji, Kugiran Masdo, The Changcuters, Dukes, Lokarya, The Beretta’s, Saja dan Monosterio, selain kemunculan istimewa Band D_Va.ARTIKEL BERKAITAN: Awie & tiga band sambut ulang tahun kafe, baju edisi khas Wings bakal dilancarkan ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hiburan ‘kosong’, Festival Rain Rave jana pulangan hampir RM400 juta“Kami mahu barisan artis yang boleh merentasi beberapa generasi dan kelompok peminat berbeza. Setiap nama mempunyai karakter tersendiri, daripada rock, pop dan nostalgia hinggalah muzik alternatif serta energy yang lebih segar.“Gabungan ini diharap dapat memberikan pengalaman muzik yang pelbagai sepanjang berlangsungnya festival,” ujarnya.Masdo bakal tampil menghiburkan peminat. Pada masa yang sama, penganjur turut merancang elemen istimewa yang berpotensi merangkumi gandingan artis, susunan muzik khas dan persembahan yang disediakan khusus untuk festival ini.NU Fest juga merupakan anjuran bersama AKE Seni yang bakal berlangsung pada 30 Januari 2027.