TIGA kumpulan rock tanah air tampil bergabung bagi membuat persembahan bersempena sambutan ulang tahun pusat hiburan Hard Rock Cafe menerusi 35 Years, One Legendary Night pada 9 November depan.Gabungan Wings, Kristal dan Muzza & The Velvettones pastinya akan menjadi detik yang cukup berharga buat peminat muzik tempatan yang sentiasa memberi sokongan terhadap perjalanan seni mereka. Lebih istimewa sempena meraikan ulang tahun ini ialah penyerahan memorabilia Datuk Awie selaku vokalis Wings untuk diabadikan dalam koleksi HRC Kuala Lumpur sebagai penghargaan terhadap sumbangannya kepada industri muzik tempatan.HRC juga rai perjalanan kerjaya seni Awie. Pengurus Besar Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, Ranjit Singh berkata, perjalanan muzik Awie turut mencerminkan perkembangan HRC sepanjang 35 tahun.“35 tahun mewakili lebih daripada sekadar masa kerana ia adalah legasi muzik, kenangan dan generasi yang telah membesar bersama kami. Kami amat berbangga meraikan sejauh mana perjalanan ini telah membawa kami dan perjalanan yang masih akan diteruskan,” katanya.Sejak mula beroperasi pada 1991, HRC Kuala Lumpur menjadi antara lokasi ikonik yang sinonim dengan muzik, hiburan dan budaya popular di ibu negara.ARTIKEL BERKAITAN: Wings lancar dua album baharu, Awie kongsi momen rakam lagu dengan M Nasir... “Dia ada sentuhan luar biasa” ARTIKEL BERKAITAN: Wings lebih rancak selepas perkenal dua anggota baharu... Imbau zaman kegemilangan bawa duit dalam karung guniJusteru, sambutan ini bukan sahaja meraikan perjalanan 35 tahun jenama berkenaan, malah menghargai pemuzik dan peminat yang terus menghidupkan legasi muziknya.Sementara itu, selaku penganjur, Pengarah Urusan Rumah Produksi Merah Events (RPM Events), Datuk Eddy Amir Salim berkata, acara ini juga sebagai tanda menghargai legasi rock tanah air selain peminat.“Acara ini bukan sekadar sambutan ulang tahun tetapi platform untuk meraikan legasi HRC Kuala Lumpur serta ikon dan pemuzik tempatan yang telah mewarnai industri muzik selama ini,” ujarnya.Kristal turut tampil membuat persembahan. Bagi melengkapkan sambutan, HRC Kuala Lumpur turut melancarkan baju-T edisi terhad hasil kolaborasi bersama Wings dengan hanya 500 helai dikeluarkan dan dijual pada harga RM198.Tiket untuk menyaksikan 35 Years, One Legendary Night boleh didapati menerusi HRC Kuala Lumpur dan kelab peminat Wings iaitu Sayap-Sayap Wings.