PELAKON Sophia Albarakbah lebih selesa memberikan tumpuan kepada kerjaya seni berbanding mencipta kontroversi semata-mata untuk memastikan namanya terus menjadi perhatian umum.Sophia atau Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 33, berkata dia tidak kisah jika dianggap kurang mendapat perhatian atau nama makin suram kerana tiada cerita panas, asalkan terus aktif berkarya dan dikenali menerusi watak yang dibawakan. Kata Sophia, kepuasan sebenar sebagai pelakon adalah apabila penonton mengingati dan memperkatakan karakter yang dijayakannya bukan kisah peribadi yang mengundang persepsi negatif.Sophia tidak mahu menjual kisah peribadi.“Saya lebih suka orang mengenali saya melalui watak dalam drama mahupun filem yang saya bawakan. Satu kepuasan kalau orang bercakap fasal karakter yang kita galas."Biarlah dikata nama suram atau sebagainya semata-mata tiada cerita panas, janji memang kita aktif bekerja selain sengaja elak benda (gosip) tak perlu.“Saya tidak gemar apabila orang kenal saya melalui hal yang kurang elok dan tidak betul. Jadi saya lebih selesa begini,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sophia Albarakbah mahu dikenali dengan lakonan bukan isu peribadi… “Kerja keras saya orang dah perasan”ARTIKEL BERKAITAN: Luahan Sophia Albarakbah buat teman istimewa, lagu l’ll Be Here ditulis orang tersayangDalam perkembangan lain, Sophia memaklumkan dia mengambil cuti selama sebulan untuk berehat selepas sibuk dengan jadual penggambaran sepanjang tahun ini.Kongsinya, tempoh berehat itu penting bagi mengelakkan keletihan melampau, selain memberi peluang kepadanya meluangkan masa bersama keluarga dan merancang strategi perniagaan.“Apabila kita sibuk menjalani penggambaran, memang jarang ada masa terluang untuk keluarga. Jadi, saya nak berehat sambil luangkan masa bersama mereka dan pasang strategi bisnes."Saya perlu pandai membahagikan masa bagi memastikan kerjaya lakonan serta minat dalam bidang perniagaan dapat bergerak seiring.Sophia mahu namanya dikenali kerana kerjaya seni.“Bagus juga kalau kita ada lebih daripada satu sumber pendapatan. Saya minat berlakon dan berniaga, tidak salah mengejar kedua-duanya."Insya-Allah, tahun depan bisnes dilancarkan, cuma belum boleh umumkan lagi produk,” ujarnya.Untuk rekod, Sophia pernah terpalit kontroversi pada 2023 selepas didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pelakon dan penyanyi Bella Astillah dan Aliff Aziz ketika mereka masih bergelar suami isteri.Isu berkenaan kembali menjadi perhatian pada 2025 susulan insiden membabitkan Sophia dan Bella di pentas anugerah. Sophia turut mendakwa menjadi mangsa kecaman serta buli siber sehingga terpaksa membuat laporan polis.