suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rasa macam kena ‘sembelih’ ketika harga emas jatuh, wanita terkejut upah gelang cecah RM1,700!

Caj upah yang tinggi sering dikaitkan dengan rekaan eksklusif barangan. -Gambar hiasan AI

PENURUNAN harga emas membuka peluang kepada peminat barang kemas untuk menambah koleksi pada harga lebih rendah, terutama mereka yang sudah lama menunggu masa sesuai untuk membeli.

Namun, keterujaan memilih gelang atau rantai idaman boleh terbantut apabila berdepan caj upah yang dikenakan sesetengah kedai emas, malah ada yang mencecah ribuan ringgit.

Situasi itu dibangkitkan seorang wanita selepas mendapati sebuah kedai emas pilihannya mengenakan caj upah sehingga RM1,700 bagi seutas gelang tangan.

Tidak berpuas hati dengan caj berkenaan, wanita itu mendakwa pemilik premis tersebut cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan susulan harga emas yang semakin menurun.

Golongan wanita gemar menyimpan barang perhiasan emas. -Gambar hiasan AI

Golongan wanita gemar menyimpan barang perhiasan emas. -Gambar hiasan AI

"Jahat gila kedai emas yang ambil upah gelang tangan sampai RM1,700 kemudian cakap mana-mana kedai pun sama je kalau rekaan eksklusif.

"Cakaplah jujur yang anda sengaja letak upah mahal sebabnya harga emas tengah turun teruk, nak topup untunglah katakan," dakwanya di Threads.

Katanya lagi, hal itu menimbulkan persoalan kerana masih ada kedai emas yang menawarkan caj upah lebih rendah meskipun bagi barang kemas dengan rekaan eksklusif.

  • Wanita pertikai upah gelang tangan mencecah RM1,700.
  • Kedai didakwa beri alasan rekaan eksklusif.
  • Dia mendakwa kedai lain mengenakan upah RM400–RM500.
  • Wanita syaki caj tinggi untuk menambah keuntungan.
  • Netizen turut berkongsi pengalaman harga barang kemas meningkat.

"Banyak saja kedai emas lain yang caj upahnya masih sekitar RM400 atau RM500 untuk reka bentuk eksklusif.

"Patut mengaku je 'kami memang cekik darah sebab nak untung waktu emas tengah turun'," luahnya menggambarkan perasaan geram yang dirasai.

Pada masa sama, wanita itu berharap peniaga yang menawarkan caj upah berpatutan terus mendapat sambutan pelanggan, berbanding mereka yang didakwa cuba mengaut keuntungan secara berlebihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak belikan gelang RM11,000 buat ibu, dulu adik-beradik cuma merasa pakai emas sadur masa raya

ARTIKEL BERKAITAN: Rantai emas punyai fasal, bapa tengking anak... Rupanya malu tak mampu beli hadiah mahal untuk isteri - “Dulu dia gadai barang kemas mak”

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya turut berkongsi pandangan dan situasi dialami.

"Ada satu kedai ni, semasa harga RM540 bulan lepas, gelang yang saya nak beli berharga RM4,800 tapi dua hari lepas tengok balik dah jadi RM5,200 sedangkan emas semakin menurun.

"Semua peniaga emas tak jujur semasa emas turun harga, mereka ambil kesempatan dengan caj-caj tersembunyi," demikian reaksi netizen yang mengikuti perkembangan pasaran emas.

Artikel Lain