Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil mengupas hala tuju negara dalam program Dialog Negara, Rabu malam. -Foto PMO
PILIHAN Raya Umum ke-16 (PRU16) perlu diadakan sebelum Februari 2028, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau memberi bayangan bahawa pilihan raya berkenaan berkemungkinan berlangsung sebelum atau selepas sambutan Hari Kebangsaan pada 2027. "PRU16 perlu diadakan sebelum Februari 2028, itu jangkaan tempohnya. Jadi, sabarlah... Kemungkinan besar sama ada sebelum atau selepas Hari Kebangsaan. Ia tidak akan melepasi tempoh tersebut," katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai PRU16 pada program Dialog Negara yang disiarkan menerusi saluran TV1 dan aplikasi RTMKlik, Rabu malam.Mengulas mengenai mandat baharu sekiranya diberikan selepas PRU16, Anwar berkata pembentukan kerajaan seterusnya bergantung kepada sokongan yang diberikan pengundi kepada setiap parti.Bagaimanapun, beliau mengakui mempunyai hasrat untuk terus menerajui negara sekiranya diberi peluang."Saya pencinta negara. Saya yakin dengan keupayaan negara. Saya meletak harapan tinggi kepada anak-anak muda dan saya mahu Malaysia ini diangkat menjulang menjadi satu negara yang hebat dan gagah di rantau dan dunia," katanya. -The Star