suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerap bangun malam untuk kencing, lelaki ini tak sangka hidap kanser prostat... Kesan darah dalam air mani

EPISOD terbaharu Vodcast Kenot Brain menampilkan Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Ahmad Nazran Fadzli dan bekas pesakit kanser prostat, Datuk Freddy Chan Loong Fui, bagi membincangkan kesedaran lelaki di Malaysia mengenai penyakit berkenaan.

Menerusi sesi bual bicara yang dikendalikan hos, Ajak Shiro, kedua-dua panel berkongsi pandangan serta pengalaman menerusi topik Adakah Lelaki Malaysia Sudah Cukup Bercakap Tentangnya?

Menurut Dr. Ahmad Nazran, kanser prostat merupakan antara penyakit yang perlu diberikan perhatian serius kerana ia berada pada kedudukan ketiga tertinggi dalam kalangan kanser yang dihidapi lelaki di Malaysia.

Malah, risiko seorang lelaki untuk menghidap kanser prostat sepanjang hayat dianggarkan sekitar satu daripada 83 orang.

Jelasnya, risiko mendapat penyakit itu turut meningkat seiring pertambahan usia, selain faktor sejarah keluarga yang memainkan peranan penting.

Sementara itu, Freddy berkongsi pengalaman ketika mula menyedari perubahan pada tubuh sebelum disahkan menghidap kanser prostat.

Antara simptom yang dialaminya termasuk perlu membuang air kecil sebanyak dua kali dalam satu-satu masa serta kerap terjaga pada waktu malam untuk ke tandas.

Malah, dia turut menyedari kehadiran darah dalam air mani sebanyak dua atau tiga kali meskipun tidak mengalami sebarang kesakitan.

Mengimbas detik menerima berita mengenai penyakit itu, Freddy mengakui terkejut dan sukar menggambarkan perasaannya ketika mengetahui dirinya menghidap kanser.

Katanya, bukan mudah untuk menerima hakikat tersebut, apatah lagi apabila berdepan situasi yang dirasakan sukar difahami oleh orang lain.

Pelbagai informasi penting mengenai kanser prostat, termasuk faktor risiko, simptom dan kepentingan pengesanan awal, turut dikongsikan menerusi episod terbaharu Vodcast Kenot Brain.

TONTON VIDEO PENUH PODCAST DISEDIAKAN MSTAR INI

 

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi