suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nadia Brian puji bakat Puteri Balqis, ingatkan ada ‘mata-mata’ suka lagakan artis... “Bila gaduh mereka tepuk tangan”

PELAKON Nadia Brian tidak melihat tindakan Puteri Balqis berkongsi pandangan atau meluahkan sesuatu di media sosial sebagai satu perkara yang perlu dipersoalkan, sebaliknya menganggap ia hak setiap individu.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 35, berkata, dia tidak mempunyai hak untuk menghakimi tindakan pelakon itu kerana setiap orang mempunyai kebebasan serta pertimbangan sendiri dalam menggunakan platform media sosial.

Malah secara peribadi, Nadia menyifatkan Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish sebagai seorang gadis yang manis dan berbakat besar dalam bidang lakonan.

"Isu apa yang dia muat naik di media sosial itu tentunya hak individu masing-masing, siapa kita untuk menilai dan mengatakan janganlah post itu atau ini?Kita sendiri pun ada hak untuk memuat naik apa sahaja di media sosial. Saya tidak ada hak untuk mengatakan dia boleh atau tidak boleh melakukan sesuatu perkara.

"Saya sebenarnya tidak ada apa-apa nasihat khusus untuk diberikan cuma, sama-samalah kita menjaga diri. Aqish seorang gadis yang manis, saya mengenalinya sejak dia masih kecil lagi.

"Dia sudah dewasa dan masing-masing mempunyai tanggungjawab sendiri, jaga diri baik-baik, anggaplah ini sebagai nasihat seorang kakak kepada adik, sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya menjaga diri apabila sudah berada dalam industri ini.

"Ingat niat kita bekerja kerana Allah.. saya doa kita semua dilindungi dari mata-mata jahat yang boleh jadi punca kita bergaduh, kalau kita bergaduh mereka tepuk tangan. Sedangkan sesama kita baik sahaja," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Nadia dan beberapa pelakon lain seperti Diana Danielle, Shahz Jaszle dan Razzuan Rosli bakal muncul dalam telefilem berjudul Like & Latte yang kini sudah ditayangkan di aplikasi UTV.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi