suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jazmy Juma dan isteri kembali positif selepas berdepan keguguran, terharu ramai titip doa dikurniakan cahaya mata

PELAKON Jazmy Juma memberitahu keadaan dirinya dan isteri, Farah Athirah Rozman, semakin baik serta positif selepas mereka berdepan ujian keguguran pada September lalu.

Menurut Jazmy atau nama sebenarnya Jazmy Khan Juma Khan, 28, dia bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang sentiasa memberikan sokongan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan tersebut.

Malah, Jazmy turut tersentuh apabila ramai individu tidak dikenali yang ditemuinya menitipkan doa agar dia dan isteri dikurniakan rezeki cahaya mata pada masa akan datang.

"Sekarang alhamdulillah makin okey, makin sihat dan semuanya positif sahaja.

"Saya dan isteri kena kuat, kami ada sistem sokongan (support system) yang baik. Saya tak boleh kongsi banyak tentang kehidupan berkeluarga saya, tetapi syukur ramai doakan yang baik-baik buat saya dan isteri.

"Kadang-kadang jumpa orang tak dikenali tegur saya dan mendoakan yang baik-baik buat saya," katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Jazmy mendirikan rumah tangga bersama Farah Athirah pada 27 Jun lalu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi