suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yonnyboii anggap Malique seperti seorang guru, pesan rajin baca buku

PENYANYI Yonnyboii menyifatkan rapper dan komposer, Malique sebagai seorang guru yang banyak memberikan tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman sepanjang perkenalan mereka.

Yonnyboii atau Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 28, berkata Malique bukan sahaja seorang yang peramah, malah sering mengingatkannya supaya menimba ilmu dan lebih bijak dalam membuat keputusan.

Menurut Yonnyboii, pengalaman luas dimiliki Malique dalam industri muzik turut memberi banyak pengajaran berguna buat dirinya, terutama dalam memperbaiki kelemahan diri.

"Malique seorang yang peramah tapi dia macam cikgu untuk saya.

"Dia banyak ingatkan saya untuk baca buku, ingatkan saya jadi lebih bijak bila buat keputusan.

"Pengalaman dia ada tu banyak dia kongsi dengan saya dan betulkan apa yang saya salah," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai pertemuan pertama mereka, Yonnyboii mengakui berasa kagum apabila berpeluang bertemu dengan figura yang sekian lama menjadi inspirasinya dalam bidang muzik itu.

Malah, dia turut menyifatkan penampilan Malique masih tidak banyak berubah berbanding dahulu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi