suria

“Itu anak kandung” - Diva M mengaku pernah kahwin, ada zuriat sendiri... Tinggalkan dunia mak nyah bukan marketing

SELEPAS tular mengenai kisah penghijrahannya daripada 'mak nyah' kepada fitrah asal sebagai lelaki, usahawan Diva M mengakui terasa apabila segelintir netizen mempersoalkan status anak perempuannya yang didakwa sebagai anak angkat.

Menjelaskan perkara itu, Diva atau nama sebenarnya Mohd Muzakir, 37, menegaskan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang dijaganya itu merupakan anak kandung hasil perkahwinannya pada tahun 2017.

“Bukan anak angkat, tapi memang anak sendiri. Alhamdulillah, orang kata dia itu penerus saya.

“Saya kahwin pada tahun 2017 dan ya, sekarang saya berstatus bapa tunggal,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Diva berkata dia tidak menolak ada berasa sedih dengan komen segelintir netizen yang membuat andaian tanpa mengetahui perkara sebenar.

Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak terlalu melayan kata-kata negatif selain menganggap setiap individu berhak memberikan pandangan masing-masing.

“Terasa tu memang terasa, tapi mulut orang kita tak boleh nak tutup. Tidak mengapalah, mungkin hanya orang terdekat sahaja yang faham situasi saya,” jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi