suria

Umur baru empat tahun, tapi fizikal macam pelajar sekolah menengah… Ibu dedah anak hidap masalah hormon

SEORANG wanita bernama Nur Syafiqa Abd Rahman berkongsi pengalaman mengejutkan apabila menyedari berlaku sesuatu yang luar biasa terhadap perkembangan fizikal anak lelakinya, Muhammad Aidan Yusuf Alihudin ketika usianya baru mencecah setahun.

Menurut Syafiqa, dia dan suami mula mengesan perbezaan ketara pada fizikal anak mereka terutama di bahagian kemaluan serta tubuh badan yang kelihatan tidak seperti kanak-kanak lain.

“Mula dapat tahu masa umur dia setahun lebih, lepas dia dah boleh berjalan. Bahagian bawah (kemaluan) dia dah tumbuh rambut.

“Masa tu memang terkejut sebab tak sama macam kanak-kanak lain seusia dia,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, kata Syafiqa, hasil pemeriksaan lanjut mengesahkan Yusof mengalami masalah hormon yang menyebabkan perubahan fizikal berlaku lebih awal daripada usia sepatutnya.

“Doktor beritahu Yusof ada masalah hormon. Walaupun kami belum tahu secara spesifik nama penyakitnya, dia memang perlu rawatan berterusan.

“Dia kena makan ubat dan cucuk setiap bulan sampai umur 10 tahun untuk melambatkan hormon. Tak boleh terlepas walau sebulan,” jelasnya.

Untuk rekod, selain berdepan gangguan hormon, Yusof juga disahkan menghidap autisme dan kini dalam pemantauan pakar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi