suria

Tatu lengan kiri Iman Kamil bukan ‘sticker’, tunjuk bukti pernah bernanah sebab langgar pantang

PERSONALITI media sosial, Iman Kamil mendedahkan tatu di lengan kirinya adalah benar dan bukan pelekat seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Kata Iman, tangannya juga mengalami kesakitan selepas melanggar pantang larang semasa bercuti di Maldives baru-baru ini.

"Takkan saya nak kena buat vlog pergi kedai tatu. Ini memang tatu betul.

"Kalau tengok tatu saya ini pun memang ada jangkitan kuman sehingga mengalami luka dan bernanah. Ini kerana saya melanggar pantang larang ketika di Maldives," katanya kepada mStar.

Menurut Iman, hanya dia sendiri mengetahui masalah yang sedang dihadapi dan memilih untuk tidak mendedahkannya kepada umum.

Malah, Iman turut menegaskan bahawa dia sudah mendapatkan rawatan daripada pakar psikiatri terhadap masalah kesihatan mentalnya.

"Kalau saya cerita fasal masalah yang dihadapi, saya tahu netizen tak mampu selesaikan. Jadi saya pendam saja. 

"Memang betul bukan ‘self diagnosis’, tapi sejak tahun lepas saya sudah pergi jumpa pakar psikiatri dan ada ambil ubat sampai sekarang.

"Tak boleh nak cerita. Sakit saya tak boleh nampak, diri sendiri pun tak tahu nak cerita. Hanya yang hadap saja boleh rasa," ujarnya.

Sebagai peringatan dan amaran, mencacah tatu adalah haram serta berdosa besar dalam agama Islam.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi