suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rindu menyanyi dan ketuk dram, Shuaib Freedom tak putus asa cari rawatan selepas diserang strok

DI SEBALIK senyuman yang terukir, tersimpan sebuah kisah yang tidak diketahui ramai mengenai beban yang terpaksa dipikul oleh penyanyi dan pemain dram kumpulan Freedom, Shuaib Shaari.

Perjalanan hidupnya itu berubah selepas dia diserang angin ahmar pada tahun 2017 sehingga membataskan pergerakan harian. 

Meskipun berdepan detik sukar itu, dia memilih untuk menerima setiap ujian dengan hati yang terbuka dan penuh kesabaran.

“Keadaan sekarang macam biasa sebab belum sembuh sepenuhnya sejak terkena serangan angin ahmar pada tahun 2017 dulu, tangan kanan belum pulih sepenuhnya.

“Kadang-kadang rasa down juga bila fikir balik tapi saya syukur sebab keadaan ini banyak mengubah saya dan sekarang ini saya banyak dekatkan diri dengan tuhan dan kerap pergi masjid walaupun fizikal tidak lagi macam dulu,” katanya kepada mStar.

Untuk segmen mStar Baek musim keempat ini, mStar bersama KPJ Healthcare menziarahi penyanyi dan pemain dram kumpulan Freedom Shuaib Shaari untuk bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan kepadanya.

Selain sumbangan wang tunai Rm3,000, Shuaib juga diberikan kad rawatan bagi melayakkannya dan keluarga mendapatkan rawatan percuma di mana-mana Klinik Waqaf An Nur di seluruh Malaysia.

Program mStar Baek Jalinan Kasih Prihatin ini bersiaran di semua platform mStar setiap hari Jumaat.

TONTON VIDEO PENUH MSTAR BAEK X KPJ INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi