suria

“Ada orang lebih baik berkawan” - Tiada lagi persefahaman, Hajar Hanif bercerai buat kali kedua

PERSONALITI media sosial, Hajar Hanif memilih tidak berkongsi secara terperinci punca perceraian dia dengan bekas suami yang juga pempengaruh, Azwan Aziz.

Bagaimanapun kata Hajar atau Siti Hajar Mohd Hanif, 30, tidak sehaluan sebagai suami isteri menjadi antara punca dia memilih penceraian.

“Soal rumah tangga ini memang banyak benda yang jadi tapi ia terlalu peribadi untuk saya ceritakan.

“Mungkin kami tidak sefahaman dan jodoh hanya sampai situ sahaja. Benda ini pun matangkan diri saya dan saya belajar untuk baiki kelemahan diri sendiri,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Hajar mengakui dia yang meminta untuk diceraikan dan bersyukur perkara itu tidak merosakkan hubungan baik dengan bekas suami.

“Apa boleh saya kata, ada orang lebih baik berkawan. Kami pun dah cuba yang terbaik dan saya minta untuk diceraikan dengan cara baik.

“Alhamdulillah kami masih berkawan dan anak-anak saya jumpa sahaja dia,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Hajar dan Azwan mendirikan rumah tangga pada 10 Ogos 2024, namun pasangan itu sah bercerai talak satu pada 26 Februari lalu.

Sebelum perkahwinan tersebut, Hajar pernah berkahwin dengan pempengaruh, Mikhail Isaaq pada 1 Januari 2017 sebelum berpisah pada 5 Disember 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Darwish, 7, dan Mikhail Darris, 3 tahun.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi