suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Usahawan Kelantan rugi lebih RM500,000, dakwa dikhianati pekerja paling dipercayai... Mahu saman dan heret ke penjara!

USAHAWAN dikenali sebagai Madam Yuniey meluahkan rasa sedih dan kecewa selepas terpaksa menanggung kerugian lebih RM500,000 akibat dikhianati oleh seorang pekerja yang pernah diberikan kepercayaan penuh dalam menguruskan syarikatnya.

Menurut Yuniey atau Wan Razila Iluni Wan Ramli, 32, kejadian itu amat sukar untuk diterima memandangkan individu berkenaan merupakan antara orang paling dipercayainya selama ini.

"Kami rugi lebih RM500,000. Pelaku itu mula bekerja sebagai pekerja bahagian pembungkusan (packaging) sebelum dinaikkan pangkat menjadi pengurus dengan gaji RM4,000 sebulan.

"Mulanya saya ingat orang lain yang memanipulasi keadaan, rupa-rupanya orang itu berada di depan mata saya sendiri selama ini.

"Untuk terima benda ini sangat berat. Sedih dan kecewa sangat, macam kena hiris," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, usahawan berasal dari Kelantan itu berkata dia masih belum bersedia untuk berdepan dengan bekas pekerjanya kerana bimbang tidak dapat mengawal emosi.

Malah, jika diberi pilihan, dia mahu menyerahkan sepenuhnya urusan tersebut kepada pihak peguam bagi memastikan tindakan undang-undang dapat diambil mengikut saluran yang betul.

"Saya rasa saya sendiri tak mampu kawal rasional saya kalau jumpa dengan dia, jadi biarlah peguam saya ambil tindakan sewajarnya.

"Kalau boleh tuntutan saya terhadap dia nanti biarlah setinggi yang dibenarkan. Kalau boleh tuntut RM1 juta, itulah jumlahnya.

"Bukan setakat saman sahaja, kalau boleh sampai ke penjara supaya ia menjadi pengajaran kepada orang lain," jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi