suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Norlia Ghani selesa bergerak sendiri, tak sertai geng artis elit... “Semua dalam tu datin-datin”

PELAKON veteran Norlia Ghani tidak berminat menyertai mana-mana kumpulan atau geng artis, lebih-lebih lagi kelompok golongan elit yang terdiri daripada orang kenamaan.

Norlia, 78, berkata dia lebih selesa bergerak secara sendiri kerana pendekatan itu memudahkannya bergaul dengan sesiapa sahaja selain tidak cerewet dalam menerima tawaran kerja.

“Setakat ini saya tidak menyertai mana-mana kumpulan artis. Saya buat sendiri (kandungan) di TikTok.

“Perasan tak sebenarnya saya tidak masuk dalam kumpulan artis elit yang semuanya Datin-Datin.

“Kumpulan saya pula lebih simple, maksudnya tidak memilih kerja dan senang untuk berbincang mengenai sesuatu pekerjaan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Norlia bersyukur apabila setakat ini tiada rakan artis yang menyindir atau memandang serong terhadap tindakannya aktif menghasilkan kandungan di TikTok meskipun sudah berusia.

Jelasnya, dia sentiasa memastikan setiap video yang dihasilkan tidak keterlaluan atau menimbulkan rasa janggal dalam kalangan penonton.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi