suria

To’ki diganggu dua makhluk halus, setiap hari tak tenteram hingga terpaksa pindah… “Bekas penghuni jadikan rumah ini aktiviti pemujaan syaitan”

PENYANYI era 90-an To'ki berkongsi pengalaman menyeramkan apabila diganggu dua makhluk halus ketika menyewa di sebuah rumah tiga tingkat di Taman Seri Gombak, Kuala Lumpur. 

To'ki atau Mohd Zaki Mansur, 61, berkata kesan daripada gangguan tersebut menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti harian selain membuatkan dirinya berasa tidak tenang.

Susulan itu, dia mengambil langkah untuk berpindah ke Sentul, Kuala Lumpur kerana khuatir gangguan tersebut masih menghantui dirinya dan keluarga.

“Saya mula terima gangguan ini ketika berpindah ke rumah sewa tiga tingkat di Taman Seri Gombak. Kejadian ini berlaku pada hujung tahun 2025. 

”Keluarga saya kerap diganggu. Pernah satu masa ketika saya buat live di TikTok, tiba-tiba nampak ada dua kelibat berdiri belakang saya dan sangat tinggi. 

“Saya dan isteri kena gangguan teruk sampaikan nak buat kerja pun susah. Setiap kali nak live TikTok mesti line sangkut. Isteri saya pernah jumpa tangkal warna biru ketika kami baru masuk ke rumah ini. 

“Disebabkan beberapa kejadian aneh yang berlaku, kami ambil keputusan untuk pindah dan tinggal di Sentul. Alhamdulillah sekarang semua okay,”katanya kepada mStar

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi