suria

[V] “Dia seorang ayah” - Nabila Huda harap Amy Search selesaikan konflik keluarga, alasan ‘tersepit’ kerap digunakan 

PELAKON Nabila Huda meminta bapanya, penyanyi Datuk Amy Search dapat menyelesaikan konflik keluarga antara mereka yang semakin berlarutan. 

Bagi Nabila atau mesra disapa Abil, 42, sebagai ketua keluarga, Amy harus mengambil langkah untuk mencari jalan agar hubungan mereka kembali pulih. 

"Dia ketua keluarga, seorang ayah. Mungkin dia yang patut selesaikan apa yang perlu diselesaikan. Saya pun tak tahu macam mana perasaan dia.

"Kalau saya kehilangan anak dan tak dapat jumpa Keisha, saya memang tak boleh teruskan hidup macam biasa. Saya takkan gembira, akan menangis setiap hari sebab itu darah daging saya.

Nabila Huda memaklumkan perkara itu ketika ditemui media. 

"Mungkin dia pun ada rasa, cuma tak tahu nak buat macam mana. Cuma alasan ‘tersepit’ itu bagi saya sudah terlalu lama dan terlalu kerap digunakan. Buatlah sesuatu," katanya kepada mStar. 

Abil berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Together Gather anjuran Viu Malaysia pada Rabu. 

Tambahnya dia tidak mahu terus dibelenggu konflik keluarga dan hantaran di media sosial yang dibuat sebelum ini adalah disebabkan terlalu mengikut emosi. 

"Untuk Ramadan kali ini, saya tak rindu sesiapa. Saya mahu teruskan kehidupan sahaja. Hantaran yang dibuat sebelum ini sebab ada perkara yang teringat kembali (kenangan lama).

ARTIKEL BERKAITAN: Masih belum terlambat kejar impian, Nabila Huda rancang sambung belajar dalam bidang kulinari

ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai jadi benci nak keluar” – Nabila Huda sudah penat tanggung rindu tak pernah habis

"Tapi sebenarnya saya dah 'move on'. Saya penat fikir dan penat nak bercakap tentang perkara yang sama berulang kali. Cuma tak salah untuk sesekali rasa ‘trigger’.

"Saya manusia, ada perasaan. Kalau rasa sedih, saya sedih. Kalau saya marah, marah dan kalau gembira, saya gembira," ujarnya. 

Dia dalam masa sama menegaskan perkongsian tersebut bukan bertujuan meraih simpati mahupun mencetuskan drama.

Abil harap Amy dapat selesaikan konflik dalaman yang berlaku itu. 

Abil juga mengakui kini lebih memilih untuk memberi fokus dengan perkara yang membawa ketenangan termasuk anak, haiwan peliharaan dan rutin hariannya.

"Saya tak berniat nak meraih simpati, nak buat orang sedih, nak drama atau publisiti. Saya tak perlukan semua itu. Saya dah bahagia dengan kehidupan sederhana sekarang. 

"Kalau kita bersedih berpanjangan, kasihan dengan perkara yang ada di depan mata. Sekarang saya cuma nak teruskan hidup dan buat perkara yang buat saya gembira. 

Alasan ‘tersepit’ itu bagi saya sudah terlalu lama

NABILA HUDA

PELAKON

“Pada usia 40 tahun ini,  tak ada masa nak fikir benda yang buat saya sedih. Apa orang cakap, apa yang berlaku sekeliling, saya dah tak ambil tahu. Instagram pun saya dah jarang tengok,” luahnya. 

Sekalipun begitu, Abil tetap menyimpan hasrat agar hubungan dengan bapanya dapat dipulihkan suatu hari nanti.

Dalam perkembangan lain, Abil akan bergandingan dengan Hun Haqeem dalam satu drama Viu Original berjudul Cela yang dijangka ditayangkan pada Ogos depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain