PELAKON Nabila Huda meluahkan hasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang kulinari.Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Abil, 41, dia sememangnya minat memasak selain sudah menjadi rutin harian. “Kalau ada peluang dan masa, saya memang teringin sangat nak pergi ke sekolah masakan. Nabila mula cari sekolah masakkan terbaik buat dirinya."Mungkin belum terlambat untuk kejar impian lain sebab memasak sentiasa jadi cinta pertama saya,” katanya dalam satu hantaran Threads. Teruja dengan perancangan tersebut, Nabila meminta peminatnya untuk menyenaraikan beberapa institusi pengajian yang sesuai untuk merealisasikan impiannya itu. "Bunyi macam satu perancangan yang menarik. Jadi apa kata anda semua senaraikan sekolah kulinari terbaik yang korang tahu," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai jadi benci nak keluar” – Nabila Huda sudah penat tanggung rindu tak pernah habisARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda hidap slip disc, minta ubat tahan sakit paling kuat demi selesaikan teater muzikalPerkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata turut menyokong impian aktres tersebut, malah turut menyarankan agar Nabila membuka kafe suatu hari nanti.Malah mereka juga mengesyorkan beberapa institusi pengajian yang sesuai dengan dirinya."Masih belum terlambat untuk kejar impian. Kemudian buka kafe sendiri okay."Belajar basic culinary sebelum pergi culinary school. Mudah sedikit," antara komen netizen.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube