PENYANYI Jisoo menegaskan dia seorang yang sangat mementingkan waktu tidur dan sentiasa memastikan rutin harian tidak mengganggu jadualnya.Kata Jisoo, 31, tempoh melakukan aktiviti luar atau rutin sebelum tidur akan diteliti secara terperinci agar dia dapat berada di atas katil tepat pukul 11 malam. "Saya menetapkan waktu tertentu untuk berada di atas katil.Jisoo sentiasa menjaga masa jika melakukan aktiviti luar pada waktu malam. "Jika tiba-tiba diajak pergi berkaraoke, saya akan memendekkan rutin sebelum tidur supaya masih boleh masuk tidur pada pukul 11 malam," katanya.Anggota kumpulan Blackpink ini juga memberitahu dia sanggup menolak undangan makan malam atau sebarang aktiviti jika mengganggu jadual rehat yang sudah ditetapkan.Bagi Jisoo, tempoh untuk berehat adalah sangat penting selepas sibuk dengan jadual kerja.ARTIKEL BERKAITAN: Jisoo Blackpink masih naik pengangkutan awam, bebas bergerak ramai orang tak perasan ARTIKEL BERKAITAN: Jisoo ‘hantu‘ game dalam talian, sanggup berbelanja besar beli ‘nyawa’Malah, dia juga ada helah tersendiri sebagai cara terbaik meninggalkan sesebuah majlis yang dihadirinya."Saya tidak membawa beg tangan ke majlis makan malam dan hanya meninggalkannya di dalam kereta."Jika ada undangan yang mengganggu waktu rehat, saya akan tolak. Saya perlu ada masa untuk diri sendiri bermula pukul 11 malam. Saya perlu meluangkan waktu itu bersendirian," ujarnya.TONTON VIDEO PILIHAN!