suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syarikat pengurusan kurung penyanyi bawah tanah, halang hubungan cinta dengan rakan artis

Zax Wang (kiri) tidak mengalah membuktikan cintanya terhadap Jin Qin.

PENYANYI asal Taiwan, Zax Wang mendedahkan tindakan melampau yang dilakukan oleh syarikat pengurusannya bagi menghalang hubungan cintanya dengan pelakon Ji Qin.

Menurut Zax Wang, 46, ketika dia meluahkan hasrat untuk berkahwin, pihak pengurusan sanggup melakukan pelbagai cara termasuk mengurungnya di ruang bawah tanah sebuah kediaman.

"Ketika berusia 26 tahun, kami sudah membuat keputusan untuk berkahwin. Namun, agensi pengurusan saya ketika itu sangat menentang keputusan tersebut dan menggunakan pelbagai cara untuk memisahkan kami.

Zax Wang dan Jin Qin kini bahagia bersama dua orang anak mereka. 

"Mereka mengurung saya di ruang bawah tanah. Saya hanya dibenarkan keluar untuk bekerja, selain itu saya perlu terus berada di ruang bawah tanah tersebut," katanya.

Pihak Jungiery Entertainment menghalang Zax Wang daripada menjalinkan hubungan cinta memandangkan ketika itu namanya sedang meningkat naik bersama kumpulan popular 5566.

Biarpun berdepan pelbagai cabaran, penyanyi itu tidak pernah mengalah dan membuktikan cintanya terhadap Ji Qin sebelum mereka berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah memandu mabuk! Go Kyung Pyo hilang lesen, rehat aktiviti seni akibat malu 

ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook sanggup puasa 39 jam untuk hadiri acara

Demi membuktikan cinta mereka, Zax Wang sanggup berbohong kepada syarikat pengurusan dengan memberitahu bahawa hubungannya dengan Ji Qin sudah berakhir.

"Apabila dibebaskan, saya beritahu mereka kami sudah kembali bersama," ujarnya.

Zax Wang dan Ji Qin berkahwin pada tahun 2008 dan mereka memiliki dua orang cahaya mata.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain