LATIHAN industri merupakan salah satu fasa paling penting buat pelajar universiti sebelum mereka menamatkan pengajian dan melangkah ke alam pekerjaan.Namun menurut seorang pelajar, hidupnya bagaikan terseksa apabila perlu menjalani tempoh latihan industri yang panjang iaitu selama setahun. Lebih malang, dia turut diletakkan di bawah pengawasan seorang penyelia yang disifatkan sebagai berkira dan gemar 'mengular'. Pelajar latihan industri tidak sepatutnya diperlakukan seperti hamba. -Gambar hiasan AI“Memang s**l kena praktikal setahun. Ada tugasan, ada buku log lagi, projek tahun akhir (FYP) pun kena buat, lepas tu kerja di pejabat lagi.“Bangun pagi je nak kena ‘hidup’ dengan benda-benda ini. Dah la semua tugasan dan buku log kena dapatkan tandatangan penyelia. Penyelia aku kata dia tiada masa nak layan benda ini.“Menyusahkan betul. Tempat praktikal ini nak pakai pekerja dengan gaji murah, memang mereka pergunakan kau sehabisnya,” dakwa pelajar itu.Pelajar luah rasa tidak puas hati perlu jalani latihan industri selama setahun.Dia serabut apabila diletakkan di bawah seliaan seorang senior yang suka berkira.Dia juga sakit hati apabila bekerja lebih tua suka memandang rendah generasi muda.Pelajar itu mendakwa namanya turut disenaraikan untuk bertugas ketika cuti hujung minggu.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurutnya lagi, dia juga kurang senang dengan sikap segelintir pekerja senior yang suka memandang rendah dan membandingkan anak muda dengan generasi terdahulu.“Mereka suka sebut tentang generasi strawberi. Pelajar praktikal juga kena buat kerja kakitangan syarikat yang mengular. Balik pukul 5 petang pun kena perli.“Lepas tu nama kita dimasukkan dalam senarai untuk kerja hari Ahad. Habis tu, bila je aku nak cuti?” luahnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar kolej sedih dipalau rakan sekerja, ‘intern’ hampir tamat tapi dianggap macam tak wujud... Sia-sia berhabis duit sediakan hadiahARTIKEL BERKAITAN: Pekerja terkejut dengar budak ‘intern’ sembang dengan bos... Tak mahu majlis perpisahan, lebih suka kalau syarikat bagi duit je!Luahan hati yang dikongsikan pelajar itu meraih perhatian ramai sehingga dihujani komen di aplikasi Threads.“Weh kesiannya setahun. Dengan tak ada gaji, lepas tu elaun sikit. Ini macam kena ambil kesempatan dengan syarikat, macam dah kerja sepenuh masa.“Azabnya kena praktikal sampai setahun. Semoga kita semua terus kuat,” tulis beberapa individu di ruangan komen.