Komunikasi dan pergaulan dengan rakan sekerja di pejabat boleh menyebabkan salah faham hubungan suami isteri. -Gambar hiasan AI
HUBUNGAN antara rakan sekerja sememangnya memerlukan komunikasi yang baik bagi memastikan urusan kerja berjalan lancar. Namun, cara berinteraksi juga perlu mempunyai batas supaya tidak menimbulkan rasa kurang senang, terutama apabila melibatkan individu yang sudah berumah tangga. Situasi itu dilalui seorang wanita apabila terdengar perbualan telefon antara suaminya dengan rakan sekerja di pejabat.Menerusi perkongsian di laman sosial, wanita itu terkejut apabila terdengar seorang wanita memanggil suaminya dengan nada yang sangat manja seolah-olah bukan untuk urusan kerja.Komunikasi sesama rakan sekerja perlu mempunyai batas dari segi pergaulan dan komunikasi. -Gambar hiasan AI"Normal ke bila ada rakan sekerja wanita yang panggil suami dengan nada mengeletis? Telefon suami aku berbunyi, dia angkat dan seperti biasa akan letak mode loudspeaker."Kedengaran suara perempuan dengan nada suara manja panggil nama laki aku sebelum ke urusan kerja."Aku terus jeling laki aku, laki aku diam sekejap dia tahu aku baran macam mana, aku bukan cemburu tapi aku tak selesa," ujarnya.Seorang wanita meluahkan rasa kurang senang apabila terdengar rakan sekerja perempuan memanggil suaminya dengan nada manja ketika membuat panggilan telefon.Kejadian berlaku apabila suaminya menjawab panggilan menggunakan pembesar suara sebelum wanita berkenaan memulakan perbualan berkaitan urusan kerja.Isteri itu terkejut dengan panggilan manja daripada rakan sekerja suaminya.Rasa tidak selesa itu bukan kerana cemburu, sebaliknya menganggap cara panggilan tersebut tidak sesuai, lebih-lebih lagi terhadap lelaki yang sudah beristeri.Ringkasan ini dijana oleh AIJelas wanita itu, suaminya menjelaskan rakannya itu memang bersikap manja dan ia perkara biasa dilakukan ketika di pejabat."Dia kata dekat pejabat itu biasa tapi bagi aku tak biasa dan aku tak selesa! Walaupun itu niat untuk panggilan bergurau tapi aku sangat tak selesa."Tidak semua isteri boleh terima benda begini," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri curiga suami sedondon dengan janda di tempat kerja, makin kuat tak sedap hati lepas mimpi pasangan curangARTIKEL BERKAITAN: Isteri anak 3 kecapi nikmat berselingkuh dengan rakan sekerja… Dapat layanan macam baru kahwin - “Rasa macam ada spark!”Malah, dia hampir menegur wanita berkenaan kerana tidak bersetuju dengan cara komunikasi yang disifatkannya melampaui batas profesional."Kenapa tak boleh kekalkan etika profesional dalam kerja? Sikit lagi aku nak sound depan-depan sebab jenis aku bila aku tak suka aku memang direct cakap tak suka," katanya.Hantaran itu turut mengundang persoalan ramai mengenai batas pergaulan dan etika komunikasi di tempat kerja lebih-lebih lagi melibatkan golongan berkeluarga.Rata-rata kurang setuju dengan kelakuan sedemikian kerana boleh menimbulkan salah faham serta perpecahan rumah tangga sekiranya tidak dibendung.