TERSENARAI sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza Fantasia (GVF), penyanyi Felix memberitahu dia sanggup berulang-alik dari Sabah ke Kuala Lumpur pada setiap minggu sepanjang penglibatannya dalam program berkenaan.Kata Felix, 44, dia tidak merancang untuk terus berpindah ke Kuala Lumpur disebabkan komitmen terhadap keluarga selain tugasnya sebagai penyampai radio di Kupi-Kupi FM yang bersiaran di Sabah. "Saya sudah berbincang dengan pihak produksi dan tidak akan berpindah ke KL. Setiap minggu akan ke KL untuk persembahan di GVF.Felix perlu jalani latihan sendiri di Sabah. "Saya ada keluarga di sini (Sabah) jadi tak boleh nak berpindah. Kalau masih bujang mungkin tiada masalah. Pihak pengurusan radio juga memberi sokongan penuh untuk penglibatan saya," katanya ketika dihubungi mStar.Nama Felix diumumkan sebagai salah seorang peserta selepas melalui proses undi masuk yang mula dilancarkan sejak minggu pertama GVF berlangsung.Menurut bekas peserta program Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini, dia juga perlu mengambil inisiatif melakukan latihan sendiri di Kota Kinabalu, Sabah sebelum berangkat ke Kuala Lumpur bagi sesi raptai dan konsert mingguan.ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki terjawab... Akim, Farah, Felix & Ara layak ke GV Fantasia ARTIKEL BERKAITAN: “Ada juga komen saya sudah miskin balik kampung“ - Felix dedah masih aktif di Sabah, tak pernah tinggal kerjaya seni"Terpaksalah semuanya buat sendiri. Saya akan lakukan latihan di studio di sini (Sabah). Mungkin akan ambil guru vokal juga sepanjang program GVF. Tiada siapa boleh bantu melainkan diri sendiri."Dari aspek jadual, rasanya tidak ada sebarang masalah. Saya juga aktif menerima undangan persembahan. Jadi, dah biasa untuk susun jadual dengan baik," ujarnya.Pada masa sama, Felix juga meluahkan rasa terharu kerana masih mendapat sokongan peminat terutama dari Semenanjung Malaysia.Felix terharu dengan sokongan peminat. Dia juga tidak menolak untuk terus menerima tawaran persembahan di Kuala Lumpur jika diberi peluang."Penyokong dari Semenanjung sangat memberangsangkan. Saya ingat mereka sudah lupa Felix. Saya melihat sendiri pergerakan undian dan sokongan mereka beri semangat."Jika selepas ini ada peluang persembahan di KL saya akan terima. Tetapi belum terfikir lagi sejauh itu," jelasnya.