suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akim & Stacy bersaing di GV Fantasia, suami isteri sepakat jaga mental masing-masing

Stacy menemani Akim semasa diumumkan sebagai peserta hot seat GV Fantasia.

BAKAL berentap di pentas Gegar Vaganza Fantasia (GVF), pasangan suami isteri Akim dan Stacy sepakat untuk menjaga kesihatan mental masing-masing sepanjang menyertai pertandingan itu.

Akim atau Afiq Hakim Ahmad, 35, mengakui perkara itu penting memandangkan mereka bakal bersaing antara satu sama lain dalam program realiti berkenaan.

Bagaimanapun, dia berharap apa juga perselisihan atau ketegangan yang berlaku sepanjang pertandingan tidak menjejaskan hubungan rumah tangga mereka, termasuk tidak tidur berasingan.

Akim gembira dapat sertai GVF.

“Saya harap dia tidak kacau mental saya. Kalau boleh, dia jaga mental saya. Kita kena duduk satu katil juga tak kira apa.

“Tapi saya bersyukur dan gembira apabila diundi masuk,” katanya.

Penyanyi lagu Mewangi itu berkongsi perkara tersebut selepas konsert minggu kedua GVF.

Dalam pada itu, Akim berkata mereka sudah membuat persiapan awal bagi memastikan urusan penjagaan anak tidak terjejas sepanjang kedua-duanya sibuk dengan pertandingan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki terjawab... Akim, Farah, Felix & Ara layak ke GV Fantasia

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hantaran Threads Akim Ahmad bukan sindir ‘AJL40‘, hanya peringatan diri sendiri

Menurutnya, sebelum menerima tawaran menyertai GVF, mereka terlebih dahulu berbincang dengan ahli keluarga bagi mendapatkan pendapat mengenai pengurusan anak-anak.

“Insya-Allah, sebelum membuat keputusan untuk menerima tawaran ini, kami sudah berbincang dengan keluarga sama ada mereka boleh memberikan komitmen untuk membantu.

“Alhamdulillah, semua memberikan sokongan yang kuat. Saya sangat bersyukur kerana ibu mentua sendiri menawarkan diri untuk membantu menjaga anak-anak,” ujarnya.

Sementara itu, Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 36, turut meluahkan rasa lega apabila urusan penjagaan anak-anak dapat dibantu oleh ahli keluarga sendiri.

Keluarga antara sistem sokongan terbesar kami.

STACY 

PENYANYI

Katanya, dia lebih selesa sekiranya anak-anak berada di bawah pengawasan individu yang rapat dengan mereka sepanjang tempoh pertandingan.

“Bukan tak mahu panggil orang untuk tengokkan, cuma apabila kita tinggalkan anak-anak, kalau boleh biarlah orang yang rapat atau ahli keluarga sendiri yang membantu memantau mereka.

“Jadi, itu antara sistem sokongan terbesar yang membolehkan kami menyertai GVF,” jelasnya.

Stacy dan Akim sudah berbincang sebelum setuju sertai pertandingan bersama.

Sebelum ini, Akim meraih undian tertinggi sekali gus melayakkan dirinya berada di kerusi panas bersama tiga peserta lain iaitu Farah Anuar, Felix dan Ara Johari.

Penyertaan mereka itu sekali gus bersaing dengan alumni program Akademi Fantasia (AF) lain seperti Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Program realiti itu dikendalikan oleh Nabil Ahmad, Sherry Alhadad dan Jihan Muse, manakala Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat bertindak sebagai juri.

GVF bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123)

Artikel Lain