suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tangisan Aina Abdul bukan sebab kalah, sebak kecewakan harapan rakyat Malaysia

Aina sedih kerana terkenangkan harapan tinggi yang diletakkan kepadanya.

PENYANYI Aina Abdul menjelaskan air matanya yang gugur bukanlah tanda dia tidak dapat menerima kekalahan mahupun kecewa dengan kemampuan diri sendiri selepas meraih tempat keempat pada pentas sulung Eurovision Song Contest Asia 2026, malam Sabtu lalu.

Sebaliknya, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 33, mengakui dia berasa sebak apabila terkenangkan harapan tinggi yang diletakkan di bahunya oleh orang sekeliling yang mahu melihat Malaysia melakar kejayaan di pentas antarabangsa itu.

“Menangis bukan bererti tidak menerima kekalahan, tetapi ada tangisan yang lahir bukan kerana kecewa pada diri sendiri, sebaliknya kerana terkenangkan harapan orang-orang di sekeliling yang begitu tinggi diletakkan di bahu ini.

Aina berjaya mendapat tempat keempat dalam pertandingan tersebut. 

“Berat rasanya apabila menyedari bahawa bukan hanya impian sendiri yang tidak kesampaian, tetapi turut ada harapan insan lain yang terpaksa kita bawa pulang bersama kekecewaan. Itulah saya, Aina Abdul,” luahnya menerusi satu hantaran di Instagram pada malam Ahad. 

Meskipun gagal membawa pulang trofi utama, Aina tetap menyifatkan penyertaannya di pentas global itu sebagai satu pengalaman paling berharga biarpun terpaksa mengharungi jadual padat dan sesi latihan setiap hari.

Dia turut menzahirkan penghargaan buat guru vokalnya, Datuk Syafinaz Selamat yang menjaga rapi kualiti suaranya sehingga berjaya mengekalkan stamina ke hari terakhir pertandingan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul raih tempat keempat Eurovision Asia 2026, Filipina muncul juara

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul mohon maaf jika pencapaian Eurovision Song Contest kecewakan Malaysia

“Tetapi sejujurnya, saya sangat menikmati masa saya di sini. Memang pengalaman yang sangat berbeza dengan jadualnya yang sangat penuh serta latihan berkali-kali setiap hari. Alhamdulillah tenaga saya kekal hingga ke hari terakhir.

“Kali ini saya berguru dengan Toknaz (Datuk Syafinaz), jadi vokal saya dijaga oleh beliau. Terima kasih cikgu atas tunjuk ajar dan ilmu yang cikgu bekalkan pada saya setiap hari. Saya tidak pernah berasa sebebas ini dalam hidup saya cikgu, terima kasih,” kongsinya.

Berkongsi lanjut mengenai konsep persembahannya, Aina turut meluahkan rasa puas apabila berjaya melengkapkan penceritaan empat elemen alam menerusi karya-karyanya.

Aina bersama pasukannya berusaha sehabis baik untuk pertandingan tersebut. 

“Udara, Tanah, Api dan kini Air. Itu menandakan penamat bagi kesemua elemen dalam persembahan saya, bermula dari Terus Hidup hinggalah ke Bluest Sky. 

Penceritaan sangat menyeronokkan buat saya. Semoga lebih banyak lagu, kisah dan metafora selepas ini,” ujarnya.

Untuk rekod, Aina berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila menduduki tempat keempat pada pertandingan yang berlangsung pada malam Sabtu.

Aina mempertaruhkan lagu Bluest Sky pada edisi sulung pertandingan itu yang berlangsung di One Bangkok Forum, Bangkok, Thailand.

Gelaran juara disandang wakil Filipina, Carmelle Allyza Collado.

Artikel Lain