Menjaga tutur kata ketika berkomunikasi amat penting bagi mengelakkan salah faham hingga mengguris hati pasangan. -Gambar hiasan AI
BERTUAHNYA seorang isteri apabila memiliki suami yang sentiasa menjalankan tanggungjawab dan tidak pernah culas menyediakan nafkah bulanan buat isteri dan anak-anak.Bagi wanita yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, pemberian wang belanja tetap daripada suami pastinya membantu memenuhi keperluan keluarga mahupun peribadi. Namun, berbeza pula dengan nasib seorang wanita ini apabila suaminya didakwa berkira dalam soal perbelanjaan meskipun tidak pernah gagal memberikan nafkan bulanan."Aku seorang suri rumah. Suami aku tak pernah culas nafkah. Siap bagi aku duit belanja tetap setiap bulan. Syukur Alhamdulillah tapi beberapa kali aku rasa sedih dengan kata-katanya.Setiap perkara berbangkit perlu diselesaikan dengan komunikasi berkesan antara suami dan isteri. -Gambar hiasan"Dia pernah cakap, kalau aku nak tukar telefon pada masa akan datang, dia nak ambil telefon lama aku. "Sebabnya, aku guna duit poket yang dia bagi untuk beli telefon itu. Kelakarlah," luahnya dalam satu perkongsian di Threads.Menurut wanita berkenaan, dia sebelum ini merupakan wanita berkerjaya dengan pendapatan bulanan mencecah lima angka.Bagaimanapun, dia memilih untuk berhenti kerja demi memberi sepenuh tumpuan kepada urusan rumah tangga dan keluarga.Dia pada awalnya tidak terlalu memikirkan kata-kata suaminya namun mengakui terluka dengan sikap berkira lelaki tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Suami pandang remeh aduan isteri suri rumah, enggan dengar alasan penat... Paling sedih dilabel tak pandai jaga anak!ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sedih duit STR bakal ‘dirampas’, suami gaji RM4,000 minta bahagi dua! - “Saya mohon untuk suri rumah”"Hari ni, dia buat lagi. Kami keluar makan malam sebab saya teringin makan stik. Saya cakap, I nak yang ini boleh? sambil tunjuk salah satu menu. "Dia cakap, boleh, nanti tolak duit poket you. Walaupun macam bergurau tapi saya tak tahu. Saya menangis. Sedihlah. Sumpah, kalau ikutkan hati, saya nak je kerja balik," luahnya lagi.Namun ujarnya, hasrat tersebut hanya mampu dipendam jauh di lubuk hati kerana memikirkan pelbagai perkara terutama anaknya yang masih kecil serta perbelanjaan tambahan yang akan ditanggung suami. "Kalau saya kerja, sama ada dia kena upah pembantu rumah atau hantar anak-anak ke nurseri yang akan serabutkan lagi dia sebab mesti ada penambahan belanja. "Saya tolong dia tapi dalam masa sama dipandang rendah ke?" tambahnya.Seorang wanita sedih apabila suaminya sering berkira soal perbelanjaan walaupun beri nafkah bulanan tetap.Dia sebelum ini bekerja dan berpendapatan lima angka sebelum memilih menjadi suri rumah sepenuh masa.Dia tersentak apabila suami mengungkit mengenai harga stik ketika mereka makan malam.Wanita itu terfikir untuk kembali bekerja, namun risau tentang penjagaan anak serta pertambahan perbelanjaan keluarga.Netizen menasihatinya supaya berbincang secara jujur dengan suami tentang perasaannya.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan simpati terhadap nasib wanita tersebut.Ramai menyarankan supaya wanita tersebut mempertimbangkan kembali niatnya untuk kembali bekerja selain berterus-terang dengan suaminya demi keharmonian rumah tangga mereka."Sebenarnya awak kena berterus-terang kalau tak suka dengan sikap suami. Simpan sendiri nanti lama-lama akan makan hati."Jika sayang suami dan perkahwinan, awak perlu berkomunikasi tentang perasaan awak," antara komen netizen.