suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Konon nak tolong halau tikus dalam bilik, wanita tergamak samun jiran warga emas... Mengaku terdesak bayar yuran anak

Perbuatan mencuri merupakan salah satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati bersalah. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 34 tahun ditahan selepas mengaku mencederakan dan menyamun jirannya yang merupakan warga emas, dalam kejadian pada 11 November lalu.

Suspek dikenali sebagai Sagita dari Medan, Indonesia mengaku melakukan perbuatan tersebut kerana terdesak mendapatkan wang bagi membayar yuran sekolah serta membeli pakaian seragam anak lelakinya.

Ketua Polis Sektor Sunggal, AKP M Ainul Yaqin berkata, barang kemas milik mangsa, Emmawati, 83, yang disamun suspek telah dijual pada harga 1.5 juta rupiah (kira-kira RM336).

Menurutnya, pada hari kejadian, suspek bersama anak lelakinya datang ke kediaman mangsa di Jalan Kesatria, Kecamatan Medan Sunggal, kira-kira pukul 3.00 petang.

Suspek kemudian memberitahu kononnya terdapat seekor tikus memasuki bilik mangsa, bertujuan untuk memperdayakan wanita warga emas itu.

Suspek turut mengambil seketul batu bata dari hadapan rumah dengan alasan mahu menghalau haiwan berkenaan.

Bagaimanapun, sebaik mangsa masuk ke dalam bilik untuk memeriksa keadaan, suspek terus menyerangnya menggunakan batu bata dengan memukul bahagian kepala, tangan, perut dan kaki.

Anak suspek turut bertindak menekup mulut mangsa bagi menghalangnya daripada menjerit meminta pertolongan.

Suspek merentap sepasang anting-anting emas dan sebentuk cincin emas daripada mangsa sebelum bertindak melarikan diri.

Yaqin menambah, ketika kejadian, mangsa tinggal berseorangan kerana suaminya berada di rumah saudara. 

Mangsa kemudiannya membuat laporan kepada pihak polis menerusi talian pusat panggilan 110.

Anggota polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu.

"Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa didapati berlumuran darah di bahagian belakang kepala," katanya.

Hasil siasatan lanjut, polis kemudian menyerbu kediaman suspek dan menahannya pada hari sama kira-kira pukul 6.30 petang.

Suspek seterusnya dibawa ke Balai Polis Sunggal bagi membantu siasatan. -Agensi

Artikel Lain