Majikan sewajarnya bertimbang rasa dan lebih empati jika kakitangan berdepan situasi kecemasan yang tidak dapat dielakkan. -Gambar hiasan AI
ANTARA perkara diharapkan setiap individu apabila melangkah ke alam pekerjaan bukan sahaja memperoleh pendapatan stabil, malah dapat bekerja dalam persekitaran harmoni bersama majikan yang memahami keadaan pekerja.Sikap prihatin dan bertimbang rasa seorang majikan amat penting, lebih-lebih lagi apabila pekerja berdepan situasi atau urusan kecemasan. Namun lain pula kisah yang dikongsikan seorang individu ini yang meluahkan rasa simpati terhadap rakan sekerja gara-gara majikan mereka tidak bertimbang rasa.Ada kalanya tekanan yang dihadapi seseorang berpunca daripada persekitaran toksik di tempat kerja. -Gambar hiasan AI"Kawan sekerja minta balik awal untuk bawa bini dia ke hospital sebab perut tiba-tiba mengeras dan tekanan darah tinggi. Jururawat periksa masa lawatan di rumah."Tapi bos cakap dekat dia... bini awak tak boleh memandu sendiri? Dia terus diam tak terkata apa-apa," kongsinya dalam hantaran di Threads.Apa yang menyentuh hati, individu berkenaan turut menjelaskan bahawa dia dan kakitangan lain sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya rakan sekerja mereka itu mahu pulang lebih awal.ARTIKEL BERKAITAN: Bos toksik selalu maki depan pelanggan... Pemuda dah tak mampu bertahan dikerah kerja 12 jam sehari tiada OT, cuti sekali semingguARTIKEL BERKAITAN: “Seminit pun takkan bagi percuma!” - Perangai majikan toksik ubah sikap pekerja, OT sukarela dibalas makianMalah, mereka memahami kebimbangan yang dirasai memandangkan rakan sekerja dan isterinya menantikan kehadiran cahaya mata pertama selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga."Mestilah dia risau dan takut apabila bini kena rujuk ke hospital."Bos ni apa entah apa merasuk dia sampai tak ada common sense macam tu," luahnya lagi.Seorang individu berkongsi kisah rakan sekerja yang tidak dibenarkan pulang awal oleh majikan untuk membawa isterinya ke hospital.Isterinya mengalami perut mengeras dan tekanan darah tinggi ketika hamil.Majikan mempersoalkan tindakan pekerja itu dengan bertanya sama ada isterinya tidak boleh memandu sendiri.Rakan sekerja lain memahami situasi itu kerana pasangan berkenaan menantikan anak pertama selepas sembilan tahun berkahwin.Netizen mengecam sikap majikan dan berpendapat kecemasan keluarga perlu diberi keutamaan.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib pekerja berkenaan.Bagi mereka, majikan sepatutnya lebih memahami situasi tersebut memandangkan masalah kesihatan ketika hamil dikhuatiri boleh mendatangkan risiko kepada ibu dan bayi dalam kandungan sekiranya tidak mendapat perhatian sewajarnya."Orang macam tu, apabila dah terkena batang hidung sendiri, baru ada empati, ada akal."Dear boss, anak tu anak dia... biar dia bertanggungjawab. Jangan sebab bos, dia jadi berdosa tak jalankan tanggungjawab dia."Ada sesetengah bos memang cakap tak guna akal fikiran dulu," demikian komen netizen.