Sebuah inap desa didakwa meletakkan syarat ketat dan notis amaran di setiap sudut kediaman. -Gambar hiasan AI
PENGINAPAN di inap desa atau homestay sepatutnya menjadi pengalaman yang menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila bercuti bersama seisi keluarga.Namun, lain pula kisahnya bagi sebuah keluarga apabila mereka berdepan pelbagai peraturan ketat sepanjang menginap di sebuah inap desa di Perak baru-baru ini. Menerusi perkongsian seorang lelaki di Threads, dia meluahkan rasa kurang senang dengan sikap pemilik inap desa tersebut yang didakwa terlalu banyak menetapkan peraturan kepada penghuni.Penginapan inap desa boleh menjadi pengalaman buruk sekiranya pemilik menetapkan pelbagai syarat ketat buat penghuni. -Gambar hiasan AILebih mengecewakan, ahli keluarganya turut dimarahi pemilik inap desa hanya kerana lambat menjawab panggilan telefon ketika sedang berehat."Normal ke buat homestay tapi ada peraturan pelik? Hari pertama kami sampai dah kena marah sebab lambat jawab panggilan. "Keluarga kami ni baru sampai nak rehat dan lelapkan mata... tiba-tiba kena marah sebab angkat telefon lambat. Seorang lelaki meluahkan rasa kurang senang dengan pengalaman keluarga mentuanya ketika menginap di sebuah inap desa di Selama, Perak.Keluarga mentuanya menyewa inap desa itu semalaman bagi menghadiri majlis bertandang di sebelah keluarganya.Penghuni turut dikenakan beberapa peraturan ketat termasuk hanya dibenarkan menggunakan lampu tidur pada waktu malam.Lebih mengejutkan, rumah berkenaan dipenuhi nota peringatan dan larangan yang ditampal di setiap sudut.Ringkasan ini dijana oleh AI"Pada waktu malam kami hanya boleh nyalakan lampu tidur sahaja. Lepas tu kalau keluar masuk tandas kena pastikan lepas masuk kena tutup balik, I mean we all know benda tu common sense," ujarnya.Difahamkan, keluarga mentuanya itu menginap di homestay berkenaan semalaman bagi menghadiri majlis bertandang di sebelah keluarganya.Namun, dia sama sekali tidak menjangkakan situasi tersebut malah turut terkejut apabila kediaman itu dipenuhi dengan nota amaran yang ditampal di setiap sudut."Dalam rumah banyak betul kertas peraturan yang pemilik homestay tampal, kami jadi takut nak usik barang-barang dalam rumah tu.ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai setahun kahwin, isteri bengang suami sibuk nak pergi ‘ride’... Susah hati konvoi campur lelaki perempuan tidur satu homestayARTIKEL BERKAITAN: Niat ‘stalk’ Facebook bongkar kes curang! Pengusaha ‘homestay’ akhirnya tahu sebab pelanggan tempah separuh hari"Kalau banyak sangat barang personal, letak la dekat rumah sendiri, tak pun gantung banner dekat luar rumah tu tulis terus peraturan pantang larang rumah ni."Kalau tahu dari awal macam ni memang tak booking dah. Sampai sekarang tak boleh terima kena marah hanya sebab jawab telefon lambat," tambahnya.Situasi tersebut membuatkan mereka berasa seolah-olah sedang tinggal di asrama dan bukannya menginap di sebuah premis berbayar untuk berehat seisi keluarga.Malah, dia mengakui berasa cukup malu apabila mengetahui keluarga mentuanya diberikan layanan sedemikian sepanjang menginap di inap desa berkenaan.