suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[TIDAK RASMI] Pakatan Harapan pertahan DUN Kota Laksamana, Bandar Hilir dan Ayer Keroh

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Pakatan mendahului di tiga kawasan.

KEPUTUSAN tidak rasmi menunjukkan Pakatan Harapan berjaya mengekalkan penguasaan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana, Bandar Hilir dan Ayer Keroh.

Di Ayer Keroh, calon DAP, Kerk Chee Yee, mencatat kemenangan dengan majoriti besar apabila memperoleh 12,427 undi, sekali gus mengatasi jangkaan.

Calon Perikatan Nasional (PN), Michael Gan Peng Lam memperoleh 6,813 undi, diikuti calon Bersama, Muhammad Muhaimin Lau Abdullah dengan 1,632 undi dan calon Bersatu, Mohd Hamnaim Mohamad yang meraih 849 undi.

Di Kota Laksamana, calon PH, Low Chee Leong memenangi kerusi berkenaan dengan 13,040 undi, mengatasi calon BN yang memperoleh 4,282 undi dan calon Bersama dengan 1,395 undi.

Sementara itu, calon PH, Leng Chau Yen memenangi kerusi DUN Bandar Hilir dengan 8,874 undi, manakala BN memperoleh 1,911 undi dan Bersama sebanyak 1,163 undi.

Artikel Berikut

Artikel Lain