suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRN Melaka: Dira Abu Zahar kekal ungguli DUN Rim, menang selesa 9,847 undi

Dira berjaya mempertahankan kerusi di DUN Rim pada PRN Melaka ke-16.

PELAKON Datuk Dira Abu Zahar berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada Sabtu. 

Dira atau nama sebenarnya Khaidiriah Abu Zahar, 41, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Esma Eazreen Husin, dengan majoriti 7,090 undi.

Dira menewaskan calon PH dengan majoriti 9,722 undi.

Dira menewaskan calon PH dengan 9,847 undi.

Penyandang kerusi mewakili Barisan Nasional (BN) itu memperoleh kemenangan dengan 9,847 undi selepas Esma hanya meraih 2,757 undi.

Sebelum ini, Dira menyatakan hasrat untuk meneruskan usaha menangani isu setempat selain memperkasa sektor pelancongan dan produk tempatan bagi merancakkan ekonomi penduduk jika diberi mandat pada PRN Melaka kali ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dira Abu Zahar bukan suka-suka terima gelaran Datuk, pikul amanah besar - “Lama fikir nak up ke tak sebab takut netizen kecam”

ARTIKEL BERKAITAN: Dira Abu Zahar ikut jejak langkah bapa bertanding PRN Melaka, rayu diberi peluang jadi wakil rakyat

Menurutnya, beberapa isu berlarutan yang dibangkitkan penduduk berjaya ditangani sepanjang tempoh lima tahun menyandang kerusi berkenaan.

Antara perkara yang diberi perhatian termasuk masalah sistem perparitan, saliran serta kejadian banjir kilat di beberapa kawasan.

Untuk rekod, Dira merupakan selebriti pertama yang bergelar wakil rakyat selepas memenangi kerusi DUN Rim pada PRN Melaka 2021.

 

Artikel Lain