PELAKON Idham Maulana enggan menggunakan status sebagai anak kepada aktor veteran Mat Over sebagai tiket mudah untuk mengembangkan kerjaya dalam industri seni.Idham berkata, dia menghormati keputusan bapanya, Mat Over atau nama sebenar Sulaiman Yassin, 74, yang mahu dirinya berusaha membina nama dan identiti sendiri tanpa bergantung kepada populariti aktor senior itu. Kata Idham, dia bersetuju dengan pendirian tersebut kerana tidak mahu amalan nepotisme menjadi jalan pintas untuk seseorang mendapat tempat dalam industri seni.Idham tidak mahu amalan nepotisme menjadi jalan mudah untuknya berada dalam dunia seni."Sejujurnya ya saya mengaku saya anak kepada ayah iaitu Sulaiman Yassin (Mat Over). Ramai yang DM tanya fasal ini maaf bukan tak mahu jawab. "Saya menghormati keputusan ayah yang tak mahu saya menggunakan nama dia sebagai batu loncatan untuk saya masuk ke dalam industri ini. "Dia nak saya usaha dan bina nama sendiri dan saya pun setuju dengan keputusan ini kerana kami tidak mahu nepotisme dalam industri ini, biarlah saya usaha naik dan bina jenama sendiri," katanya. Idham yang membawa watak Pok Chech dalam filem Baga: Esok Untuk Siapa berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Threads pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah akur respons positif di media sosial tidak jamin Baga laris di pawagamARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle akui bukan mudah jual filem ‘berat‘, harap ‘Baga‘ laris di panggungDalam pada itu, Idham menegaskan dia mahu dikenali berdasarkan bakat dan hasil kerja sendiri, bukannya kerana mempunyai hubungan kekeluargaan dengan figura popular.Kongsinya, dia juga melalui perjalanan yang sama seperti pelakon lain apabila perlu menghadiri uji bakat, menjadi pelakon tambahan, menyertai pementasan teater serta mengikuti kelas lakonan."Biarlah orang kenal saya dengan bakat bukan anak kepada artis. Kasihan pada mereka-mereka di luar sana yang masuk bidang ini (hiburan) dengan bertungkus-lumus. Mat Over merupakan pelakon popular era 90-an."Pergi uji bakat, pergi main teater, belajar berlakon dan saya pun bermula dari bawah melalui proses yang sama, ujibakat, jadi pelakon tambahan, kena tolak, main teater, pergi kelas lakonan. "Kita manusia sama sahaja, tak ada apa yang istimewa pun walau kau superstar sekali pun. Dah pergi tengok Baga sementara masih di pawagam," ujarnya. Selain Idham, filem Baga turut menampilkan Amir Ahnaf, Amirah Razak, Wan Hanafi Su, Fad Anuar dan Mat Over. Menjalani penggambaran di Terengganu, Baga: Esok Untuk Siapa mengisahkan Jani dan Melur, sepasang kekasih muda yang terperangkap antara realiti kehidupan dengan impian untuk mengubah nasib mereka.