suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aina Abdul rayu sokongan rakyat Malaysia di Eurovision Asia, tak kisah minat atau tidak

Aina seru sokongan peminat di dalam dan luar Malaysia.

BERDEBAR menantikan detik untuk berentap di pentas Eurovision Song Contest Asia 2026 malam ini, penyanyi Aina Abdul merayu sokongan rakyat Malaysia sebagai pembakar semangat untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 33, berkata perjalanan menuju pertandingan berprestij itu bukan mudah apabila dia terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sebelum tiba ke hari yang dinantikan.

Menurut Aina, dia berharap seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira sama ada mengenali atau meminati dirinya dapat memberikan sokongan menerusi doa agar persembahannya berjalan lancar.

Aina dijadulkan membuat persembahan terakhir di pentas Eurovision Song Contest Asia 2026.

"Ini mungkin kali pertama saya buat video seperti ini kerana saya tidak pernah meluahkan perasaan di hadapan kamera seperti ini. Tetapi hari ini saya sangat-sangat memerlukan sokongan daripada anda semua. Tak kisahlah anda minat saya atau tidak.

"Saya tahu dalam hidup ini, semua orang akan menyokong kita. Ada yang mungkin pernah dengar saya menyanyi, ada yang tidak pernah dengar dan mungkin ada juga yang tidak tahu siapa Aina Abdul," katanya menerusi hantaran di Instagram.

Aina yang bakal mempersembahkan lagu berjudul Bluest Sky turut mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama memberikan sokongan padu memandangkan dia merupakan wakil tunggal negara pada pertandingan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Menang atau sebaliknya, tetap kebanggaan kita” - Anwar titip semangat buat Aina Abdul, bawa nama Malaysia di Eurovision Asia 2026

ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn Victor yakin Aina Abdul berjaya di Eurovision Song Contest 2026 - “Dia istimewa”

"Jadi, di sini saya nak memanggil anda semua untuk berikan sokongan yang padu kepada saya. Sokongan yang tidak terhingga.

"Kalau saya tak dapat sokongan anda semua, siapa lagi nak sokong saya? Kita rakyat Malaysia kena tolong dan bantu anak jati Malaysia sendiri kerana ada seorang wakil untuk tahun ini.

"Jadi, kita sokonglah anak jati kita sendiri dengan sebaiknya menerusi doa dan sokongan yang tidak putus-putus," ujarnya.

Allah sahaja yang mampu membalas jasa anda.

AINA ABDUL

PENYANYI

Dalam masa sama, dia juga menghargai sokongan peminat yang mengikuti perkembangannya dari jauh selain rakan-rakan artis yang turut memberikan semangat terhadap penyertaannya dalam pertandingan itu.

Selain turut menyeru agar menyebarkan maklumat mengenai pertandingan tersebut kepada kenalan serta ahli keluarga, termasuk mereka yang berada di luar negara bagi mendapatkan undian.

"Terima kasih kepada Aination yang sanggup datang jauh dari Malaysia ke Bangkok untuk menyokong saya dan tentunya kepada peminat-peminat yang menyokong dari jauh.

"Saya tahu setiap seorang daripada anda dan saya sangat menghargai usaha untuk memperkenalkan saya di mata dunia.

Aina bakal mempersembahan lagu Bluest Sky.

"Terima kasih juga kepada rakan-rakan artis yang memberikan sokongan terhadap penyertaan saya di Eurovision. Allah sahaja yang mampu membalas jasa anda," katanya lagi.

Untuk rekod, Eurovision Song Contest Asia 2026 berlangsung di Bangkok, Thailand pada malam ini yang akan di siarkan di TV3 pada pukul 9.30 malam.

Pertandingan sulung itu menghimpunkan barisan penyanyi dari pelbagai negara Asia bagi merebut gelaran juara pertama acara berprestij berkenaan.

Artikel Lain