suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jaclyn Victor yakin Aina Abdul berjaya di Eurovision Song Contest 2026 - “Dia istimewa”

Jaclyn menitipkan kata semangat buat Aina Abdul.

PENYANYI Jaclyn Victor percaya Aina Abdul mampu menempa kejayaan baharu menerusi pertandingan sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 yang berlangsung di Bangkok, Thailand, Sabtu ini.

Jaclyn, 47, berkata kelebihan dimiliki Aina bukan hanya pada kemampuan vokal, malah karisma ketika membuat persembahan serta identiti fesyen yang tersendiri turut menjadi kekuatan penyanyi itu.

Dia yang pernah mengharumkan nama Malaysia menerusi pertandingan Asia New Singer di Shanghai, China pada 2005 itu menyifatkan Aina sebagai seorang artis yang lengkap.

“Aina sangat istimewa. Saya suka suaranya, karisma ketika berada di pentas dan penampilan fesyennya yang avant-garde. Dia sentiasa mempunyai sesuatu yang tersendiri untuk ditampilkan.

Jaclyn berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Apa yang paling saya suka mengenai Aina ialah dia menghasilkan muzik sendiri. Dia menulis lirik dan mencipta lagu. Bagi saya, itu menjadikan dia seorang artis yang lengkap,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert Sooka & Vaganza.

Dalam pada itu, Jaclyn yang turut mengikuti perkembangan pertandingan tersebut berkata, sokongan diterima Aina di media sosial membuktikan ramai peminat menaruh harapan tinggi agar penyanyi itu berjaya mengharumkan nama Malaysia.

Justeru, dia berharap Aina tidak terlalu memikirkan tekanan untuk memberikan persembahan terbaik, sebaliknya menikmati peluang beraksi di pentas antarabangsa itu.

“Berdasarkan komen dan maklum balas di Instagram, saya dapat lihat ramai yang berdiri di belakang Aina. Kami semua sangat bangga dengan segala pencapaiannya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul tak tidur malam fikir Eurovision Asia 2026, 10 jam rakam ‘Bluest Sky’ sampai terpaksa pindah studio

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiba-tiba nampak muka lama saya”... Aina Abdul terkejut MV ‘Kelip2’ tular semula, tak ambil hati kutukan netizen

Mengulas peluang Aina untuk bergelar juara, Jaclyn mengakui tidak mengetahui secara terperinci kaedah penilaian pertandingan tersebut, sama ada berdasarkan undian penonton atau keputusan juri.

Bagaimanapun, dia percaya Aina mempunyai peluang cerah untuk membawa pulang kemenangan, lebih-lebih lagi pertandingan itu turut memberi penekanan kepada kemampuan peserta menghasilkan karya sendiri.

“Saya tidak begitu arif mengenai cara mereka membuat penilaian, sama ada berdasarkan undian atau juri. Tetapi, berdasarkan apa yang saya lihat, Aina antara peserta yang mendapat perhatian ramai.

Jaclyn percaya dengan kemampuan Aina Abdul. 

“Jadi, saya rasa peluangnya untuk menang sangat tinggi,” katanya.

Untuk rekod, Aina bakal mewakili Malaysia dengan menyaingi 11 penyanyi dari negara lain pada pentas akhir Eurovision Song Contest Asia 2026.

Pada pertandingan itu, Aina bakal mempersembahkan lagu ciptaannya bersama Mac Chew berjudul Bluest Sky.

Dia dijadualkan membuat persembahan terakhir sebagai peserta ke-11 pada acara yang berlangsung di One Bangkok Forum, Bangkok, Sabtu ini.

Artikel Lain