PROSES mengenali hati budi sangat penting bagi mengelakkan kita hidup dalam penyesalan akibat tersalah memilih pasangan hidup.Namun, entah dari mana asal usulnya, tiba-tiba muncul pula terma 'taaruf moden' yang digunakan oleh segelintir individu untuk bertukar foto alat sulit sebelum berkahwin. Menurut pengguna media sosial, kaedah itu bertujuan mengelakkan seseorang tersalah memilih pasangan yang mungkin mengalami masalah lemah syahwat atau kekangan nafkah batin.Perbuatan menyimpan foto lucah juga merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. -Gambar hiasan AIMenurut seorang lelaki, dia dan isterinya juga pernah bertukar-tukar foto bahagian intim sebelum bersetuju untuk meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya."Aku terbaca komen seseorang tentang taaruf yang kena tunjuk 'aset' masing-masing. Perkahwinan aku dan isteri diatur oleh keluarga."Masa mula-mula (kenal) tu, aku terkejut dia tanya 'saiz' okey ke tidak? Kalau tak okey, dia mahu putuskan hubungan pada waktu itu juga.Lelaki imbas pengalaman ketika sesi taaruf bersama bakal isterinya.Dia terkejut wanita itu minta foto kemaluan sebelum setuju teruskan hubungan.Dia dan isterinya kini bahagia menjalani kehidupan bersama dua cahaya mata.Ramai pelayar X menyelar perbuatan itu yang didakwa mencemarkan kesucian perkataan taaruf.Ringkasan ini dijana oleh AI"Jadi kami bertukar-tukar gambar. Sekarang kami bahagia dengan dua anak. Saya tak sarankan taaruf cara moden yang kena tunjuk gambar intim."Tapi kalau kedua-dua pihak bersetuju, kenapa tidak? Cuma peraturannya, lelaki kena hantar dulu," kongsi lelaki itu.Perkongsian yang dibuat menerusi aplikasi X itu turut menerima pelbagai reaksi netizen.Malah, majoriti netizen menyelar lelaki itu kerana mencemarkan perkataan 'taaruf' dengan perbuatan yang terang-terangan berdosa.ARTIKEL BERKAITAN: Proses taaruf jadi serba tak kena, wanita ketakutan bakal suami paksa minum guna botol susu lepas kahwin sebab comel!ARTIKEL BERKAITAN: Berselindung di sebalik agama! Wanita dakwa ustaz ‘tunjuk belang’ ketika sesi taaruf... Sembang benda kotor, minta gambar selfie"Tak perlu nak bertukar gambar begitu. Halal dan haram pun dah tak tahu beza ke?"Saya faham tentang hal ini kerana seks adalah perkara penting dalam perkahwinan. Tapi tak perlulah sampai bertukar gambar."Tak payahlah guna bahasa Arab untuk bagi perbuatan tu nampak suci... bodoh," tulis netizen.Namun, ada juga yang seolah-olah menyokong perbuatan berkenaan."Entahlah, tapi saya rasa penting untuk perempuan tahu saiz bakal suami. Bayangkan dalam suami yang alami masalah mikropenis," tulis netizen lagi.Dalam konteks Islam, taaruf ialah proses perkenalan antara seorang lelaki dan wanita yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga, tetapi ia dilakukan berlandaskan syarak.Ia bertujuan mencari jodoh kerana Allah dan untuk ke arah pernikahan, bukan sekadar suka-suka atau tanpa arah.