suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami risau isteri ‘gian’ main game, boleh hadap sampai berjam-jam! Siap ada geng ‘Discord’ dari seluruh dunia

Kebanyakan suami akan mengutamakan kebahagian isteri berbanding perasaan sendiri. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki meluahkan rasa kurang senang dengan hobi isterinya yang gemar bermain permainan video atau video game.

Dakwa lelaki tersebut, isterinya mula aktif bermain permainan bergenre role-playing game (RPG) serta mempunyai kumpulan Discord terdiri daripada pemain dari pelbagai negara.

Malah katanya, wanita itu boleh menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer tanpa mempedulikan perkara lain.

Perubahan sikap isterinya itu membuatkan dia kecewa kerana wanita itu sebelum ini tidak pernah mengabaikan urusan rumah tangga termasuk menguruskan anak-anak mereka.

Wanita yang sudah berkahwin tidak sepatutnya mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

"Setiap hari isteri akan luangkan masa lebih kurang dua hingga tiga jam untuk habiskan daily task game, itu belum termasuk misi tertentu.

"Dia masuk grup Discord yang ada rakan sekumpulan dalam permainan. Aku pernah tengok mesej mereka, semuanya nampak okey," ceritanya.

Lelaki itu turut memaklumkan isterinya sudah menjelaskan kepada ahli kumpulan Discord yang dia merupakan wanita berkahwin dan mempunyai anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama bercinta, jarang berjumpa... Soloz dah tak solo, tamat zaman bujang dengan gadis pilihan – “Kenal sebelum join Mobile Legends”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri anggap dapat duit STR pun tak guna! Suami beli ‘handphone’ baharu demi main ‘game’, anak bini ikat perut macam biasa

Bagaimanapun, dia mengakui ada kalanya terfikir masa yang digunakan isterinya untuk bermain permainan video boleh dimanfaatkan dengan aktiviti seperti membaca atau melakukan perkara lebih berilmiah.

"Isteri kata seronok berkawan dengan ahli grup yang kebanyakannya perempuan dari pelbagai negara. Mungkin itu cara dia bersosial dan ada kawan di luar rutin harian sebagai isteri dan ibu.

"Cuma, entahlah... aku rasa mungkin lebih baik duit poket aku bagi dia gunakan untuk beli skincare, baju atau beg untuk diri sendiri.

  • Isteri main game dua hingga tiga jam setiap hari.
  • Wanita itu sertai Discord bersama pemain luar negara.
  • Belanja RM20 sebulan untuk beli baju digital.
  • Suami mula persoalkan hobi baharu isteri.
  • Rumah terurus, anak-anak tidak pernah diabaikan.

"Mungkin masa lapang tu boleh digunakan untuk membaca atau aktiviti berilmiah," katanya lagi.

Namun selepas mempertimbangkan perkara itu, lelaki berkenaan tidak berhasrat untuk meluahkan rasa kurang senangnya kepada isteri kerana mengakui wanita itu tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

"Tapi bila fikir balik, dia tak pernah abaikan tanggungjawab sendiri. Rumah kami terurus, anak-anak terjaga dan aku pun tak pernah rasa terabai.

"Mungkin aku sebenarnya tak faham dunia gaming sebab aku sendiri bukan pemain game dalam talian. Jadi, adalah aku perlu rasa kurang selesa dengan aktiviti isteri sendiri," jelasnya lagi.

Artikel Lain