BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.27 malam, Selasa.Najib dibawa ke kediamannya menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 bagi menjalani baki hukuman penjaranya secara tahanan di rumah, berkuat kuasa hari ini. Kenderaan membawa Najib turut diiringi beberapa kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara Malaysia. Petang tadi, media melaporkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu akan menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah mulai Selasa, 10 November hingga 23 Ogos 2028.ARTIKEL BERKAITAN: Najib tiba di Mahkamah Tinggi KL bagi prosiding semak perintah pelepasanARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya kembali ke Langgak Duta... Najib jalani tahanan rumah berkuat kuasa serta-mertaNajib dipindahkan dari Penjara Kajang ke kediamannya bagi menjalani baki hukuman penjara bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.Pada 18 September lalu, Najib menerima pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang membolehkannya menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada beberapa syarat yang ditetapkan, termasuk pembayaran denda RM50 juta.Pada 6 November, Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan parti itu sudah membayar denda RM50 juta bagi membayar denda Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Bagaimanapun pada hari sama, AGC memaklumkan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib ditangguhkan buat sementara waktu.Penangguhan itu dibuat bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebelum ini.