suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib tiba di Mahkamah Tinggi KL bagi prosiding semak perintah pelepasan

Najib tiba di kompleks mahkamah pada pukul 3.08 petang

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa bagi mengikuti prosiding berhubung permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menyemak semula perintah pelepasan yang dikeluarkan pada 6 November lalu.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu tiba di kompleks mahkamah pada pukul 3.08 petang dengan diiringi pegawai Jabatan Penjara.

Turut hadir ialah anak perempuannya, Nooryana Najwa.

Terdahulu, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang membawa Najib dilihat meninggalkan Kompleks Penjara Kajang pada pukul 2.40 petang.

SUV berwarna kelabu itu diiringi beberapa kenderaan polis dan Jabatan Penjara.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, kenderaan itu dalam perjalanan menuju ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, AGC memaklumkan pihaknya memohon satu perintah baharu yang selaras dengan pengampunan bersyarat yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 18 September 2026.

Perintah pada 6 November lalu membenarkan Najib dibebaskan dari penjara selepas membayar denda RM50 juta, manakala baki hukuman penjara dalam kes SRC International perlu dijalani menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Bagaimanapun, pelaksanaan aturan tahanan rumah itu ditangguhkan sementara bagi membolehkan penelitian dan penjelasan lanjut dibuat berhubung perintah pengampunan bersyarat serta implikasi perintah pelepasan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: SUV bawa Najib keluar dari Penjara Kajang, menuju ke mahkamah KL

AGC sebelum ini memaklumkan bahawa Najib akan kekal di tempat tahanan semasanya sepanjang tempoh penangguhan itu, tertakluk kepada kuasa dan arahan pihak berkuasa berkaitan.

Najib sebelum ini menerima pengampunan bersyarat yang mengurangkan hukuman penjara 12 tahun dalam kes SRC International kepada enam tahun, manakala denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Pengampunan itu turut memperuntukkan bahawa beliau boleh menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.

Bagaimanapun, pelaksanaan aturan berkenaan menjadi rumit berikutan hukuman penjara 15 tahun yang berasingan susulan sabitan kesalahan dalam kes 1MDB.

AGC memohon penjelasan berhubung implikasi undang-undang bagi perintah-perintah tersebut, sambil menegaskan bahawa tindakan jabatan itu bukan bertujuan mengingkari atau mencabar pengampunan diraja. -The Star

Artikel Lain