suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bau pelik dalam kabin buat ramai panik... Pesawat dari Israel terpaksa lakukan lencongan cemas ke Athens!

Pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Athens. -Foto FlightRadar24

SEBUAH pesawat dalam perjalanan dari Tel Aviv, Israel menuju ke Amerika Syarikat terpaksa dilencongkan pada Ahad susulan kehadiran bau kurang menyenangkan di dalam kabin.

Mengikut jadual penerbangan, pesawat United Airlines itu sedang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty, New York, namun terpaksa dilencongkan ke Athens, Greece.

Bagaimanapun, punca sebenar bau yang dikesan di dalam kabin masih belum disahkan.

Pesawat yang membawa 230 penumpang dan 13 anak kapal itu akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Athens.

Insiden cemas itu berlaku ketika beberapa lapangan terbang utama di Eropah turut berdepan gelombang ancaman bom palsu sejak minggu lalu. 

Bagaimanapun, pihak berkuasa mengesahkan tiada kaitan antara insiden bau di dalam pesawat itu dengan ancaman bom terbabit setakat ini.

Pada 3 November, tujuh penerbangan di seluruh Eropah, termasuk dua pesawat yang berlepas dari United Kingdom (UK), menjadi sasaran ancaman bom. 

Dua hari kemudian iaitu pada 5 November, sekurang-kurangnya 27 penerbangan di Eropah turut menerima ancaman bom palsu.

Ia berlarutan hingga 6 November iaitu pada Jumaat, beberapa penerbangan dari dan ke negara termasuk UK, Ireland, Denmark, Sepanyol, Belanda, Cyprus, Itali dan Romania turut terjejas akibat ancaman serupa. -Agensi

Artikel Lain