suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mangsa banjir Selangor terima bantuan khas RM2,500, pembayaran dijangka bermula esok

embayaran dijangka dibuat bermula Selasa

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai tambahan khas sebanyak RM2,500 kepada setiap ketua isi rumah terlibat banjir yang layak di Selangor.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bantuan itu bertujuan meringankan beban mangsa dengan membantu mereka menggantikan barangan keperluan rumah yang rosak atau musnah akibat banjir.

“Kaedah pelaksanaan dan kriteria kelayakan akan diumumkan oleh agensi pelaksana,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

Pembayaran dijangka dibuat bermula Selasa (10 November).

Menurut PMO, Anwar juga mengarahkan supaya projek tebatan banjir dipercepatkan bagi menangani kejadian sama yang berulang.

Pada 27 Oktober lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengumumkan Monsun Timur Laut 2026/2027 dijangka berterusan sehingga Mac 2027.

Fasa awal Monsun Timur Laut yang bermula dari November 2026 hingga Januari 2027 dijangka menyaksikan tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan, sekali gus berpotensi menyebabkan banjir di kawasan berhampiran sungai dan kawasan rendah.

Artikel Lain