suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raffi Ahmad terus diboikot, undangan ke festival dibatalkan

Raffi Ahmad masih diboikot netizen Indonesia.

PENGACARA Raffi Ahmad terus menerima kecaman apabila undangannya ke festival GSI Youth Fest Hero Summit 2026 di Solo, Jawa Tengah dibatalkan susulan kontroversi seruan boikot terhadap dirinya.

Pengerusi penganjur, Asep Abdullah Rowi berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira kritikan dan bantahan masyarakat terhadap kehadiran Raffi dalam acara berkenaan.

“Kami menghormati kritikan, pandangan dan suara masyarakat. Selepas mempertimbangkan situasi semasa, pihak GSI memutuskan untuk membatalkan rancangan menghadirkan Raffi Ahmad sebagai tetamu undangan,” katanya.

Festival tersebut dibatalkan gara-gara menjemput Raffi sebagai tetamu jemputan. 

Menurut Asep, pihaknya sudah lama merancang untuk menjemput suami kepada pelakon Nagita Slavina itu sebelum kontroversi tersebut tercetus.

Kontroversi itu bermula selepas Raffi menghadiri program Deklarasi Sumpah Pemuda Mahasiswa Indonesia di Jakarta pada 29 Oktober lalu yang mengundang kecaman susulan dakwaan terdapat individu menyamar sebagai mahasiswa dalam acara berkenaan.

Kehadiran Raffi sebagai Utusan Khas Presiden bagi Pembangunan Generasi Muda dan Penggiat Seni turut dipersoalkan sehingga mencetuskan seruan boikot terhadap dirinya serta beberapa program berkaitan syarikat miliknya, RANS Entertainment.

ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad hilang lebih 400,000 pengikut IG gara-gara diboikot

ARTIKEL BERKAITAN: Nama dikaitkan kes rasuah, Raffi Ahmad tampil bersuara… “Sudah biasa difitnah”

Malah, beberapa penyanyi termasuk Tipe-X, Guyon Waton, OM Wawes dan Masdddho dilaporkan menarik diri daripada menyertai RANS Carnival di Sleman susulan kontroversi tersebut.

Bagaimanapun, Raffi sebelum ini sudah tampil memohon maaf atas kekecohan yang tercetus selain menjelaskan kehadirannya dalam program deklarasi itu hanyalah sebagai tetamu undangan.

Pihak polis Jakarta turut mengesahkan Raffi hadir atas jemputan penganjur dan memohon maaf kepada masyarakat berhubung kontroversi berkenaan.

Artikel Lain