suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Air mata Uji Rashid bercucuran iringi jenazah Cico

Uji Rashid (paling kiri) sebak mengiringi jenazah arwah anaknya, Cico.

AIR mata penyanyi legenda, Uji Rashid gugur tatkala mengiringi jenazah anaknya Allahyarham Cico Harahap yang meninggal dunia pada pagi Ahad. 

Uji atau Fuziah binti Haroun Al Rashid, 73, tiba bersama van jenazah di Surau Taman Bukit Mulia, Ampang sekitar pukul 4.10 petang. 

Jenazah dibawa dari Hospital Ampang, Selangor bagi pengurusan jenazah di surau berkenaan. 

Jenazah Allahyarham Cico tiba di surau Taman Bukit Mulia untuk dimandi dan disolatkan.

Ketika tiba, Uji kelihatan tenang namun gagal menahan air mata berguguran ketika disambut rakan terdekatnya, Datin Norizan Yeob yang hadir mengucapkan takziah. 

Norizan merupakan isteri kepada komposer Allahyarham S. Atan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Cico Harahap meninggal dunia akibat sesak nafas

ARTIKEL BERKAITAN: Cico Harahap derita masalah jantung, masuk wad akibat kaki bengkak

Turut kelihatan hadir di surau termasuklah rakan artis seperti seniman AR Badul, Aziz M Osman, Mak Jah dan Rozita Rohaizat. 

Allahyarham Cico atau Ezzaq Farouk Harahap menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun sekitar pukul 11 pagi hari Ahad. 

Allahyarham dilaporkan sudah menerima rawatan sejak seminggu akibat sesak nafas.


 

Artikel Lain