PENAMPILAN penyanyi kumpulan Blackpink iaitu Jennie menjadi perhatian ramai apabila peminat menyedari perubahan bentuk tubuhnya sehingga mencetuskan spekulasi kononnya dia menjalani prosedur pembedahan plastik.Menerusi hantaran terbaharu Jennie, dia memuat naik beberapa foto yang merupakan hasil kerjasama dengan jenama produk kecantikan. Malah dalam foto berkenaan Jennie dilihat mengenakan bikini sekali gus memperlihatkan bahagian tubuhnya yang langsing.Netizen lakukan perbandingan foto lama dan baharu Jennie.Bagaimanapun, perkara tersebut mengundang pelbagai reaksi apabila segelintir netizen mendakwa netizen mendakwa dia menjalani prosedur membesarkan dan membentuk punggung atau lebih dikenali sebagai Brazilian Butt Lift (BBL).Bagi membuktikan perbezaan tersebut, seorang pengguna media sosial turut membuat perbandingan penampilan terbaharu Jennie dengan foto lamanya sekali gus menguatkan dakwaan berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Jennie & V masih bercinta? Spekulasi kembali hangat, didakwa keluar makan bersama di LAARTIKEL BERKAITAN: Foto mesra Jennie Blackpink bersama lelaki misteri cetus tanda tanya peminatEkoran itu, netizen lain turut menyokong kenyataan tersebut memandangkan Jennie sebelum ini seakan menyepi daripada media sosial.Namun ada beberapa peminat berpendapat perubahan fizikal Jennie mungkin disebabkan rutin senaman dan bukannya prosedur pembedahan seperti yang didakwa.Sehingga kini, Jennie tidak pernah mengesahkan dakwaan mengenai pembedahan tersebut.