KASIH sayang tidak berbelah bahagi terhadap anak bukanlah lesen untuk ibu bapa terlalu memanjakan mereka sehingga mengabaikan kepentingan mendidik dan erti tanggungjawab.Begitulah situasi dilalui seorang wanita ini apabila dia kini menyesal kerana tersilap langkah dalam mendidik anak lelakinya yang kini berusia 23 tahun. "Ada tak ibu bapa yang menyesal berbudi dengan anak? Saya ibu tunggal. Anak lelaki saya baru tamat pengajian politeknik.Didikan yang salah boleh menyebabkan anak menjadi insan tidak bertanggungjawab. -Gambar hiasan AI"Sekarang dia tak pandai kerja dan tak nak kerja. Waktu belajar, saya tak pernah ganggu dia. Saya selalu bagi duit belanja secukupnya."Saya pun tak pernah minta dia buat kerja sambilan waktu cuti semester. Saya menyesal sebab dah didik dia jadi lelaki tak guna," luah wanita itu.Dalam hantaran sama, wanita itu turut melabelkan anak lelakinya sebagai generasi strawberi yang terlalu manja.Wanita akui menyesal kerana terlalu memanjakan anak lelakinya.Anaknya kini membesar sebagai lelaki yang pemalas dan tidak bertanggungjawab.Anaknya itu baru sahaja menamatkan pengajian di sebuah politeknik.Anaknya juga cuba mengusahakan bisnes dalam talian namun gagal.Ringkasan ini dijana oleh AI"Enam bulan sebelum habis politeknik, kami dah buat perjanjian. Lepas habis belajar, saya tak akan bagi duit dah. Saya nak dia kerja."Akhirnya tak kerja budak tu. Dia nak buat bisnes dalam talian. Saya nasihat suruh kerja, dia tak nak dengar. Sekarang bisnes dalam talian tu dah lingkup."Saya kata nak buat bisnes dalam talian pun kena kerja juga. Dah la tak ada simpanan. Dia melawan. Sekarang dia dah buktikan bisnes tu tak berguna pun," luahnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: “Patut ke?” - Masjid ‘haramkan’ budak bawah 12 tahun cetus perdebatan, ibu bapa diminta main peranan didik anak-anakARTIKEL BERKAITAN: “Habis dah waktu bermanja!” - Bapa ada sebab didik anak 8 tahun ala tentera, rutin Subuh di masjid paling utamaHantaran yang dimuat naik menerusi aplikasi Threads itu turut menerima pelbagai komen netizen."Jangan bagi muka sangat. Anak saya yang autsime pun kerja kedai makanan segera. Bila cuti, buat kerja penghantaran makanan. Tiap bulan bagi saya duit."Berhentilah manjakan anak. Suruh dia kerja, jangan bagi duit belanja. Anak lelaki kena diajar jadi lelaki," tulis beberapa netizen.