suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tabung solidariti capai sasaran, Umno bayar denda RM50 juta untuk Najib pagi tadi

Umno memaklumkan tabung solidariti untuk Najib sudah mencapai sasaran.

SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah kutipan dana Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan sejak 18 September bagi membantu bekas bekas perdana menteri sudah mencapai sasaran.

Menurut Asyraf, Umno juga sudah menyelesaikan segala proses pembayaran kepada pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi Jumaat.

"Umno dengan ini secara rasmi menutup akaun khas Tabung Solidariti Najib Razak yang diwujudkan untuk penerimaan dana sumbangan orang ramai dan tiada lagi keperluan untuk pendanaan awam (crowdfunding) bagi tujuan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Rosmah tak tahu ada wakil bayar denda RM50 juta untuk Najib hari ini

"Umno ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah dan merakamkan ucapan penghargaan kepada ahli Umno seluruh Malaysia dan orang ramai yang tidak putus-putus menyumbang ke dalam akaun yang disediakan sejak hari pertama," menurut kenyataan pada Jumaat.

Pada 18 September lalu, dilaporkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat terhadap Najib yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Bagaimanapun, perintah itu tertakluk kepada syarat Najib menjelaskan denda RM50 juta berkenaan.

Tidak lama selepas itu, Umno melancarkan 'Tabung Solidariti Najib Razak' bagi mengumpul dana sebanyak RM50 juta memandangkan aset peribadi Najib dan keluarganya masih dibekukan.

Artikel Lain